Anak anda pengguna susu tepung?
Ada 4 perkara yang anda perlu tahu;
1. Susu lembu asli
2. Susu kambing asli
3. Krimer
4. Maltodextrin
Nampak sama tapi tak serupa. Bagi yang tahu, sememangnya tak sama, apatah lagi serupa.
Tak sama dari segi rupa dan rasa.
Apa itu krimer & maltodextrin?
Hampir semua krimer ialah krimer bukan tenusu. Bukan tenusu ni maksudnya bukan daripada sumber susu. Habis tu dari sumber mana? Ada beberapa jenis krimer;
1. Krimer santan (harganya tersangatlah mahal, maklumlah santan nak dijadikan serbuk, prosesnya sangat mahal, pakai kaedah freeze dry). Harganya mahal.
2. Krimer sawit (pun sama jugak mahalnya)
3. Krimer dari bahan kimia (campuran pelbagai bahan, pum pang pum pang jadi krimer). Yang ini harganya murah.
Kebiasaan penghasilan krimer melibatkan proses penghidrogenan/ hydrogenation iaitu proses penambahan hidrogen kepada struktur kimia bahan tersebut. Proses ini menyebabkan kehadiran trans fatty acid di dalam krimer tersebut. Walaupun krimer itu dari sumber tumbuhan, yang kononnya sihat, tetapi disebabkan kehadiran trans fatty acid ini maka jadilah ia bahan yang memudharatkan.
Apa la pulak trans fatty acid ni?
Trans fatty acid ni menyumbang kepada peningkatan kolestrol jahat dalam tubuh badan kita disamping menurunkan pula kolestrol yang baik. Kolestrol jahat ni namanya LDL (Low Density Lipoprotein), kolestrol baik ni namanya HDL (High Density Lipoprotein).
Kolestrol jahat ni la yang melekat dekat saluran darah, saluran darah jadi tersumbat, seterusnya mengakibatkan tekanan darah tinggi yang memaksa jantung bekerja lebih keras bagi memastikan oksigen sampai ke seluruh badan.
**********
Maltodextrin?
Bahan lengai sebagai pemberat kepada produk ataupun penambah isipadu (volume) produk supaya kelihatan lebih banyak. Bahan ni tidak mempunyai sebarang rasa (sebenarnya rasa manis sedikit kerana diperbuat daripada beberpa campuran karbohidrat yang telah diproses). Karbohidrat yang diproses ini bertukar menjadi gula ringkas (glukosa, fruktosa, maltosa dan lain2 tosa). Secara ringkasnya maltodextrin ini ialah hasil gabungan gula ringkas tetapi tidak berasa manis oleh lidah kita. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah gula ringkas yang telah diproses.
Gula ringkas ini bila masuk ke dalam tubuh badan kanak2, maka fungsinya sama seperti gula putih. Gula secara amnya bila di”consume” oleh kanak2, maka kanak2 itu akan menjadi hyperactive disebabkan LEBIHAN TENAGA. Apa kaitan gula dan tenaga. Fungsi gula untuk memberikan tenaga. Gula yang berlebihan memberikan tenaga yang berlebihan. Kanak2 menjadi terlebih aktif. Puan2 pun pening kepala, kenapa la anak aku ni aktif sangat? Puncanya gula (secara am).
Kalau kanak2 tu tak aktif, apa pula yang jadi? Lebihan tenaga ni akan tersimpan di dalam badan dalam bentuk LEMAK. Anak2 pun memBESAR dengan SIHAT. Kes yang sama berlaku kepada orang dewasa. Cumanya, kasihanilah mereka yang masih kecil ni, takkan bila dah masuk sekolah menengah esok ni dah dapat diabetis, makan kat kantin sekolah nak kena cucuk insulin dulu kat perut bahagian pankreas. Pastu ada pula yang seminggu sekali selama 4 hingga 6 jam nak kena buat dialisis. Tak baik macam tu. Mereka pun nak hidup dengan bahagia sentiasa.
**********
Rupa paras 4 bahan serbuk ni nak kenal macam mana? Walaupun mereka spesis yang sama, tetapi berlainan bangsa.
1. Susu lembu asli (rujukan susu tepung daripada New Zealand, pengeluar susu lembu terbaik dunia); ada susu skim dan susu penuh krim. Susu skim serbuknya berwarna kuning pudar, seroi sedikit. Susu penuh krim berwarna kuning cantik, sedikit seroi tetapi agak gebu. Bila masuk ke dalam mulut terus rasa melekit-lekit, macam ratah milo serbuk tu =p. Rasa sedikit manis. Ni manis susu. Manis susu dtg daripada lactosa.
2. Susu kambing asli (rujukan susu tepung daripada Belanda, pengeluar susu kambing terbaik dunia). Berwarna putih sedikit kekuningan, ada yang ada bau, ada yang takde bau, tapi yang pastinya rasanya yang hamis. Struktur susu seakan-akan tepung gandum. Kalau pegang susu tu macam pegang tepung gandum.
3. Krimer. Serbuk putih dan strukturnya seroi. Rasanya sedikit berlemak.
4. Maltodextrin. Serbuk putih, sedikit seroi dan lebih halus daripada serbuk krimer. Bila masuk dalam mulut, terus cair kat lidah.