Panduan Memilih Susu Anak
.
Panduan ini hanya untuk pemilihan susu tepung bagi kanak-kanak yang sihat dan berusia 1 tahun ke atas.
.
Ramai ibu bapa yang tak tahu bagaimana nak pilih susu anak dengan betul, ada yang pilih susu sebab harga yang murah, iklan yang menarik (kebaikan DHA, mengatasi sembelit, masalah ekzema, alahan dll) dan ada juga yang susah nak mencari susu kerana anak terlalu memilih.
.
Berikut saya senaraikan beberapa panduan mudah memilih susu anak dengan betul, selepas anda habis membaca panduan ini, anda boleh terus praktikkan dengan memeriksa susu anak yang sudah dibeli, jika susu anak anda mempunyai kebaikan sama seperti yang disebutkan di bawah ini, tahniah diucapkan kerana anda pengguna yang bijak, jika susu anak dirasakan bermasalah, boleh terus tukar susu kepada yang lebih baik.
.
1. Nutrisi susu:
Susu yang baik ialah susu yang tinggi nilai PROTEIN dan KALSIUM. Nilai protein sebaiknya melebihi 15g/100g, dan nilai kalsium sebaiknya melebihi 700mg/100g. Protein sangat penting untuk tumbesaran tubuh badan, bahkan sistem imuninasi juga terbina daripasa protein. Laporan di hospital menunjukkan ramai kanak-kanak kekurangan kalsium. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan penyakit riket (tulang kaki membengkok) serta tulang menjadi lembut dan rapuh.
.
2. Jenis susu:
Susu lembu : Susu lembu penuh krim mempunyai nutrisi yang seimbang baik dari sudut makro mahupun mikro nutriennya. Susu ini sesuai diminum seisi keluarga selain harganya yang mampu milik dan rasanya yang sedap. Susu ini juga berada di dalam piramid makanan kerana kebaikan nutrisinya.
.
Susu kambing : Jika anak tiada masalah dengan susu lembu, tiada sebab untuk bertukar kepada susu kambing. Susu kambing “asli” harganya lebih mahal dan berbau hamis berbanding susu lembu. Salah satu kelebihan susu kambing berbanding susu lembu ialah saiz lemaknya yang lebih kecil berbanding saiz lemak susu lembu menjadikannya mudah untuk dihadam. Walaupun demikian, susu kambing mempunyai potassium yang sangat tinggi berbanding susu lembu, menurut ahli perubatan, potassium yang tinggi ini boleh membebankan buah pinggang kanak-kanak berusia 1 tahun. Sebaiknya susu kambing seperti ini diambil seusia 2 tahun ke atas.
Jumlah potassium di dalam susu kambing dan susu lembu ialah;
Susu kambing = 1700mg/100g
Susu lembu = 1200mg/100g
.
Berdasarkan jumlah potassium ini, kekerapan yang disyorkan untuk minum susu kambing ialah 2X sehari, manakala susu lembu dibolehkan 3X sehari.
.
Susu soya : susu soya atau susu formula berasaskan soya menjadi alternatif kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah “lactose intolerance” atau alah kepada protein susu lembu. Pemeriksaan di hospital harus dibuat untuk mengetahui samada anak alah kepada protein susu lembu atau tidak. Kanak-kanak yang menghadapi maslah “lactose intolerance”, usus mereka tidak dapat mencerna laktosa, menyebabkan perut menjadi kembung atau muntah. Sesetengahnya perut menjadi kembung bukan kerana “lactose intolerance” tetapi disebabkan bahan tambah yang terdapat di dalam susu seperti penstabil (guar gum) dan anticaking agent (silicon oxide).
.
Susu formula (lembu/kambing/soya) : Susu formula dirumus khas bagi memenuhi keperluan nutrisi seharian yang seimbang bagi kanak-kanak. Susu formula sebenarnya dicipta khas bagi bayi yang berusia setahun ke bawah yang masih belum makan makanan pejal, atau dirumus khas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kekurang nutrisi (malnutrition). Terdapat juga susu formula yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 1-3 tahun. Ini disebabkan kebanyakan kanak-kanak pada peringkat umur ini sangat cerewet terhadap pengambilan makanan bernutrisi (picky eater) seperti nasi, sayur-sayuran, daging dan ikan. Jadi disediakan susu formula khas yang dapat memenuhi kekurangan nutrisi ini. Perbezaan ketara antara susu formula dan susu lembu/kambing asli ialah susu formula mempunyai penambahan zat besi (iron). Jika kanak-kanak sudah mula makan makanan pejal, zat besi boleh diambil dari daging atau buah-buahan seperti kurma. Antara kesan sampingan pengambilan zat besi dari susu formula ini ialah masalah sembelit.
.
3. Bahan kandungan:
Pepatah inggeris ada menyebutkan, less is more. Makin sedikit, maka lebih baik. Jika anda perasan, sebahagian susu di atas mengandungi banyak bahan tambah. Sebagai contoh minyak sayuran bunga matahari bertujuan untuk menambah nilai VITAMIN D di dalam susu. Antara bahan tambah lain ialah, krimer, maltodextrin, penstabil/ejen pemekat (guar gum), perisa, anti caking agent (silicon oxide), foaming agent, stevia dan lain-lain. Bahan tambah seperti ini ada yang tidak sesuai untuk usus kanak-kanak, yang boleh mengakibatkan kembung perut. Elakkan pengambilan krimer kerana krimer mempunyai transfat yang mengakibatkan tubuh badan menghasilkan lemak jahat (LDL) yang melekat di saluran darah dan memberi kesan kepada organ jantung.
.
Ada juga susu yang mempunyai gula tersembunyi (susu berasa manis disebabkan gula tambahan seperti sukrosa, fruktosa, sukralose dan stevia). Elakkan susu yang manis kerana kita tidak mahu anak-anak terbiasa dengan minuman/makanan yang manis. Akibatnya anak-anak akan memilih susu yang manis sahaja. Pilih susu yang paling sedikit bahan kandungannya, walaupun sedikit bahan kandungan, pastikan nilai nutrisinya seimbang terutamanya protein (>15g/100g) dan kalsium (>700mg/100g).
.
Pemilihan susu yang betul hendaklah beserta dengan cara pengambilan yang betul. Kanak-kanak yang memilih untuk makan makanan pejal (picky eater) dan bergantung kepada nutrisi susu semata-mata juga perlu dikawal pengambilan susu tersebut.
.
Nak tahu bagaimana nak kawal pengambilan susu sesuai dengan keperluan nutrisi harian anak anda, pm kami di inbox Puremil Marketing Susu Puremil untuk kami bantu anda
.
Semoga dengan usaha kami yang sedikit ini membantu anda sebagai ibu bapa/pengguna supaya lebih bijak untuk memilih susu anak. Kami juga ibu bapa dan pengguna sama seperti anda, semestinya kami mahukan yang terbaik buat anak-anak kami.