Saya, Mohamad Nazirul Mubin bin Abd Rashid, Food Technologist, grad UITM tahun 2010. Dalam industri makanan sejak tahun 2010, dalam industri susu tepung bermula hujung tahun 2011 sebagai QC Officer.

***
Cuba fahami situasi di bawah ini…

Situasi 1
Bila dengar tentang dinar, semua org bercerita tentang dinar dirham, sunnah nabi, matawang jatuh pada masa akan datang, maka kita pun berasa GHAIRAH untuk turut serta dalam program dinar dirham ni, maka kita pun turut beli 1 dinar dengan niat simpanan dan boleh dijual pada masa akan datang. Katakan waktu tu beli dinar rm700. Selepas 2 tahun nak jual 1 dinar tersebut, tetapi pembeli (kedai, ejen/ wakil jualan dinar dirham) hanya boleh bayar dengan harga rm400 sahaja, sedangkan rate dinar waktu tersebut sudah mencecah rm800. Rupanya 1 dinar yang dibeli tersebut bukanlah emas 999, tetapi emas 916. Dek kerana jahil bab emas, pembeli tertipu.

Situasi 2
Program “hibah”. Sebelum ni tak pernah dengar, tiba2 ada hamba Allah ni tawarkan program “hibah”, ikut sunnah, ada dalam agama, patuh syariah, hanya perlu labur bermula dengan rm1000, maka akan dapat pulangan sebanyak 10% – 30% setiap bulan beserta wang pelaburan dipulangkan selepas beberapa bulan. Bila dengar “hibah” yang bermaksud BERI secara percuma dengan syarat2 tertentu maka berbondong-bondonglah manusia join program nak rebut peluang tersebut. Selepas beberapa bulan, penganjur/ pengelola hilang ntah ke mana, rupanya sama macam skim cepat kaya yang lain2. Nama sahaja yang berubah. Dek kerana nak cepat kaya tanpa ilmu, tanpa siasatan lanjut, PERCAYA atas nama HIBAH yang berbunyi islamik dan patuh syariah, maka ramai yang terpedaya.

Situasi di atas mempromosikan nilai2 islam yang sangat bagus dan patut kita sokong. Namun terdapat unsur GHARAR (uncertainty), dan tipu muslihat tetapi dihiasi dengan istilah-istilah yang menarik minat dan mengujakan. Kembali kepada zaman kegemilangan DINAR. DINAR milik orang Islam. Program HIBAH, sebuah konsep islamik untuk memartabatkan ekonomi orang Islam. Ustaz, tok imam semua join, apa lagi orang awam, tentu2 join.

Di dalam kita GHAIRAH dengan konsep ISLAMIK yang ditonjolkan, cuba kita kaji atau bertanya kepada mereka yang “ahli”, apakah sebenarnya program/ servis/ produk ini, bagaimana ia dihasilkan/ berasal?

***

Apabila menjawab persoalan dari pelanggan, sebagai penjual kita seboleh-bolehnya nak menangkan produk yang kita jual serta mempertahankan produk yang kita jual sekiranya dikritik. Ini perkara normal. Perasaan ini ada pada semua penjual. Dalam politik (saya bukan orang politik, sekadar ambil contoh) ada istilah “politik matang”. Dalam politik matang, satu jalan penyelesaian dibangkitkan oleh parti A, tetapi juga turut dipersetujui oleh parti lawan, walaupun tidak sealiran. Perkara yang benar, harus dipersetujui dengan hati yang terbuka untuk kemaslahatan masyarakat, bukannya kepentingan peribadi.

Di bawah ini hanyalah pendapat peribadi saya, anda berhak untuk tidak bersetuju dengan saya kerana pendapat saya tidak mempunyai ukuran (measurement) untuk mengatakan ianya betul.

Sebagai penjual, kita sepatutnya mempunyai satu garis panduan dan garisan sempadan (border line) setakat mana sahaja yang kita boleh beri pada pelanggan kita.

Garis panduan dan border line ini boleh diwujudkan dengan beberapa kriteria;
1. Produk = susu
2. Pengguna = bayi (0-12 bulan) atau kanak-kanak (1 tahun ke atas)
3. Legislation/ perundangan (kawasan setempat)

Border line di sini ialah

1. Susu, melibatkan NUTRIEN penting serta komplikasi lain jika ada. Ini bidang pediatrician. Boleh jawab, tetapi harus berada pada situasi pengguna/ pengadu. Jika ada masalah, suruh ibu bapa rujuk anak kepada pediatrician.

2. Pengguna iaitu bayi dan kanak-kanak.
Semua setuju susu ibu ialah yang terbaik, dalam masa yang sama kita juga taknak terlepas prospek, takut prospek pergi ke produk lain.

Kenapa bayi 6 bulan ke bawah menjadi persoalan? Bayi 6 bulan ke atas masih boleh dipertimbangkan. Kenapa?
Perut/usus masih tak matang.
Sistem tubuh badan sedang develop.

3. Perundangan, iaitu melibatkan pihak berkuasa (KKM, hospital dsb) serta Akta Makanan. Kadar keperluan nutrien bayi dan kanak2 ada dinyatakan di dalam Reccommended Nutritional Intake Malaysia (RNI, 2005).

Sebaiknya kita bantu pelanggan dengan cara membimbing mereka untuk rujuk kepada yang “ahli” jika masalah pelanggan itu diluar bidang kuasa kita.

Apa yang saya nak sebutkan di sini ialah, KEGHAIRAHAN kita menjual dan mempromosikan produk menyebabkan kita lupa siapa diri kita yang sebenar, sehingga kita sanggup melepasi “border line” yang tak sepatutnya kita “cross”.

***

Menjawab isu customer nak tukar susu anak, semua pendapat yang puan2 utarakan itu semuanya betul. Boleh terangkan kepada pelanggan dengan pelan pakej jimat, testimoni dan sebagainya. Sebaiknya kita berada di situasi pelanggan untuk memberikan respon yang lebih tepat.

***

Ada satu perkara berat untuk saya nyatakan di sini, tetapi menjadi tanggungjawab saya sebagai orang yang berada secara langsung dalam dunia industri makanan, saya ceritakan di bawah.

Saya mula menjual susu kambing berwarna putih yang dikatakan 100% susu asli/susu organik sejak tahun 2013. Pada waktu tersebut ada 1 isu yang melibatkan susu kambing putih ni, tetapi saya endahkan. Pada penghujung tahun 2016, sekali lagi isu yang sama dibangkitkan lagi, tetapi dari pihak yang berlainan, maka saya mengambil inisiatif untuk membuat siasatan.

Perkara yang saya jumpa sepanjang penyiasatan saya:
Warna sebenar susu (lembu/ kambing)
Rupa sebenar susu (lembu/ kambing)
Negara pengeluar utama susu tepung iaitu Belanda (freeze dry) dan New Zealand (spray dry)
Kandungan protein yang meragukan
Karbohidrat
Gula sukrosa (gula tebu/ gula putih/ gula halus)
Fakta nutrisi susu lembu/ kambing
Whey protein
Bau
Rasa
Keadaan selepas dibiarkan semalaman, 24 jam, 3 hari
Keadaan semasa dimasak/ didihkan
Tempoh basi susu
Ujian terhadap bahan2 lain yang menyerupai susu putih
Supplier utama susu lembu di Malaysia
Supplier utama susu kambing asli di Malaysia
Harga susu asli
Di sebalik kisah pengilang dan pemilik produk

Kesimpulan yang dapat saya buat:
Ada susu asli dan susu tiruan (yang dikatakan 100% asli tapi sebenarnya tidak, didapati hanya di bawah 10% susu asli)

Maklumat yang saya sampaikan ini tidak boleh dijadikan dalil mahupun sumber debat, tetapi boleh dijadikan sebagai satu sumber rujukan atau panduan untuk mengenal pasti serta membuat kajian dengan lebih lanjut pada masa akan datang.

Maklumat ini sememangnya kontroversi, bagi yang ragu2 saya berbesar hati untuk menerima sebarang perkongsian atau kritikan, boleh direct pm saya.

Maklumat yang menjadi salah faham adalah isu warna susu:

Susu asli berwarna kuning disebabkan kaedah pemprosesan yang menggunakan kaedah spray dry. Spray dry melibatkan haba, jadi akan berlakunya “brownisation”. Susu kuning (lembu & kambing) ini banyaknya berasal dari New Zealand.
Ada juga susu campuran yang berwarna kuning kerana dicampurkan dengan soya. Soya digunakan secara meluas kerana melepasi ujian klinikal terhadap bayi dan kanak-kanak. Rasanya (susu + soya) tak sedap =).
Kalau susu tepung lembu asli rasanya sedap, sama macam susu lembu fresh dan susu kambing fresh.

Susu kambing dari belanda sebenarnya berwarna putih kekuningan (bukan putih melepak). Rupa dan struktur seperti tepung gandum jika dilihat dan dipegang dengan tangan. Susu kambing ini tidak berwarna kuning seperti susu lembu new zealand kerana kaedah penghasilan yang menggunakan freeze dry method (tidak melibatkan haba panas). Yang ni ada yang ada bau, ada yang xde bau. Tapi dua2 semestinya akan rasa hamis selepas minum (after taste). Susu kambing fresh local xde rasa hamis, rasa sama macam susu lembu fresh.

Susu selain dari dua warna ini bolehlah dianggap sebagai susu campuran/ susu tiruan (susu yg didakwa 100% asli tetapi peratusan susu asli sgt sedikit)

Kenapa saya perlu sampaikan maklumat ini?
Sebabnya ini melibatkan kesihatan dan kesan jangka masa panjang. Jika bahan yang digunakan tidak menjejaskan kesihatan, saya langsung tiada apa2 masalah. Tetapi apa yang saya jumpa ialah adanya bahan2 yang bermasalah. Saya sekarang dalam usaha untuk mencari alternatif kepada bahan yang bermasalah tersebut. Sekiranya saya sudah jumpa (sesuai dengan rasa, warna dan kos) saya akan kongsikan terus kepada semua pengusaha produk susu.

Kenapa baru sekarang dapat tahu? Ya saya pun baru sahaja dapat tahu selepas ujian dan siasatan dibuat baru2 ini. Ini kerana semua maklumat ini, owner produk sendiri pun tak tahu. Ada juga owner produk yang dah tahu.

Kenapa pula owner produk pun tak tahu?
Kerana owner produk buat susu di kilang OEM, dan maklumat berkaitan susu hanya dengan percaya kepada kata-kata pemilik kilang OEM tersebut.

Macam mana saya boleh tahu?
Seperti yang saya maklumkan di atas tadi, saya bekas QC di sebuah kilang OEM yang juga menghasilkan susu tepung.

Bacalah dengan hati terbuka, jangan kerana dek untung kita mengetepikan soal kesihatan anak-anak yang tidak bersalah. Jangan percaya pada saya, siasat dahulu setiap apa yang disampaikan. Rajinlah membaca, mencari sumber yang sahih dan bertanya pada yang “ahli” dalam bidang masing-masing.