Ibu Bapa Prihatin Pilih Susu Puremil

Puremil membawakan anda Susu Tepung Penuh Krim Asli berkualiti dan tidak manis dengan kebaikan DHA & Omega-3 yang tinggi serta memenuhi keperluan RNI Malaysia 2017

warna kuning cair
struktur gebu & tidak seroi
boleh ditekap mengikut bentuk sudu

Mengapa perlu pilih susu tepung penuh krim?

Hanya dua jenis makanan sahaja yang diklasifikasikan sebagai “makanan lengkap” iaitu susu dan telur.

Susu juga mudah didapati dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kanak-kanak sedari kecil sangat bergantung kepada susu untuk tumbesaran yang optimum.

Apa itu “makanan lengkap”?

Makanan lengkap ialah makanan yang terkandung di dalamnya beberapa nutrisi asas dengan jumlah tertentu seperti tenaga, protein, karbohidrat, lemak dan vitamin. Hanya susu dan telur sahaja yang layak berada di kelas ini.

Peranan susu juga terdapat di dalam piramid makanan sebagai salah satu  makanan pelengkap kepada pemakanan yang seimbang.

Teknologi makanan harini telah membantu kita semua untuk memperoleh susu dengan mudah dan tahan lama iaitu dalam bentuk serbuk, bahkan rasa dan nutrisinya juga hampir menyamai yang asal. Kajian terkini juga mendapati susu penuh krim bukanlah penyumbang kepada masalah kegemukan, malah membantu pula untuk menurunkan berat badan secara sihat.

Susu Puremil  merupakan 100% susu tepung penuh krim dari New Zealand dengan kaedah penghasilan spray drying tanpa dibuang mana-mana bahagian juzuknya dan diproses dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Ini mengekalkan nutrisi susu sebenar yang umumnya tinggi khasiat dan selamat. Tidak ditambah gula atau sebarang jenis pemanis, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil (carrageenan atau guar gum) dan agen anti penggerakan (anti-caking agent).

Keperluan Anak Anda Keutamaan Kami

Kami prihatin kerana kami juga ibu bapa seperti anda.

Susu merupakan makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium dan merupakan salah satu diet harian pemakanan yang seimbang untuk semua peringkat umur.

Tahukah anda kanak-kanak 1 hingga 3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 700mg sehari? Dengan pengambilan 3 cawan (60gm) susu Puremil menyumbang sebanyak 570mg kalsium iaitu kira-kira 81% keperluan kalsium kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Bagi orang dewasa pula, keperluan harian kalsium sebanyak 1000mg sehari. Kekurangan kalsium (hipokalsemia) akan menunjukkan simptom-simptom seperti rasa kebas dan berdenyut-denyut di bahagian jari, kejang otot, sawan, keletihan, kurang selera makan serta rentak jantung yang tidak normal. Dalam jangka masa panjang, kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan penurunan ketumpatan jisim tulang (osteopenia) dan akhirnya membawa kepada masalah tulang rapuh (osteoporosis). *Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/kalsium-oral

Dengan pengambilan Susu Puremil sebanyak 2 hidangan sehari (10 skop = 70g) dapat menyumbang sebanyak 665mg kalsium iaitu sebanyak 66.5% keperluan harian kalsium bagi orang dewasa.

Apa yang anda dapat dengan sekotak Susu Puremil? Secara ringkasnya, saksikan video ini.

Kandungan DHA & Omega-3 di dalam Susu Puremil

Susu Puremil ditambah baik dengan DHA+EPA dan Omega-3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG3 yang mendapat pengiktirafan daripada The International Fish Oil Standards (IFOS). Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan DHA, EPA dan Omega-3 ini sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata. Berikut adalah jumlah sumbangan nutrisi Omega-3 dan beberapa nutrisi lain di dalam Susu Puremil.

Puremil juga membawakan anda Susu Puremil Coklat dengan nutrisi terbaik serta kandungan DHA+EPA dan Omega-3 adalah sama dengan Susu Tepung Penuh Krim Puremil.

Susu Puremil Coklat dengan 20% campuran coklat malt  berkualiti masih mengekalkan nutrisi susu yang tinggi memberikan rasa susu coklat yang enak sesuai untuk mereka yang tidak gemar susu putih.

Nisbah susu penuh krim dan bahan coklat yang digunakan turut mengubah kandungan makro dan mikronutrient susu, sebagai contoh nisbah coklat yang tinggi akan menyebabkan kandungan kalsium menjadi kurang. Susu Puremil Coklat masih mengandungi nilai kalsium yang tinggi iaitu 794mg/100 dibandingkan dengan Susu Penuh Krim Puremil sebanyak 900mg/100g.

Maksud fungsi atau tujuan sebenar Susu Puremil Coklat tercapai walaupun berubah warna dan rasa, masih lagi mengekalkan identiti nutrisi susu itu sendiri iaitu susu yang sinonim dengan kalsium yang tinggi.

SUSU PUREMIL PELENGKAP NUTRISI HARIAN ANAK ANDA

NUTRISI TINGGI

3 cawan Susu Puremil (60g) menyumbang sebanyak 81% keperluan kalsium, 120% protein, 108% vitamin B12, 40% Vitamin D dan memberi 32% tenaga harian bagi kanak-kanak 1 hingga 3 tahun berdasarkan RNI Malaysia 2017. 

CERDAS & CERGAS

Susu Puremil diperkaya dengan DHA dan Omega-3. Kandungan DHA penting untuk perkembangan mata dan minda. Omega-3 turut membantu tumbesaran otak kanak-kanak dan beberapa fungsi tertentu termasuk kawalan penyakit jantung, diabetes, penurunan berat badan dan kesihatan kulit.

TIDAK MANIS

Melatih kanak-kanak menjauhi air manis sedari kecil dan mengurangkan pengambilan air manis bagi orang dewasa. Susu Puremil dihasilkan tanpa sebarang pemanis tiruan mahupun organik. Manis susu adalah dari sumber asal bahan mentah susu yang asli.

SIHAT

Minuman yang lebih sihat tanpa bahan tambah yang kurang bermanfaat seperti krimer, maltodekstrin, minyak sayuran, penstabil dan anti-caking agent.

SEDAP

Mudah diterima oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mempunyai rasa yang sedap seperti susu segar dengan bau yang enak. 

MENAIKKAN SELERA

Berpotensi menaikkan selera makan kanak-kanak. Kandungan vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium di dalam susu antara nutrisi yang membantu membaiki selera makan.

Z

CUKUP

Minuman padat nutrisi yang membantu mengurangkan jumlah kekerapan pengambilan air susu di kalangan kanak-kanak.

MUDAH

Memudahkan aktiviti seharian keluarga ketika di rumah atau dalam perjalanan. Susu tepung yang mudah dilarutkan dengan air biasa atau kurang panas serta menjamin struktur kandungan nutrisi terpelihara.

Susu Tepung Penuh Krim Puremil sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas hingga dewasa termasuk ibu hamil serta menyusukan anak.

Peringatan: Susu Tepung Penuh Krim tidak sesuai bagi bayi berumur di bawah 6 bulan. Bagi bayi di bawah 12 bulan, sila dapatkan khidmat nasihat daripada paediatrician terlebih dahulu.

Tahukah anda, Susu Puremil boleh dibuat yogurt. Yogurt merupakan makanan probiotik yang membantu sistem pencernaan dan meningkatkan sistem keimunan badan. Nak belajar buat yogurt di rumah? Klik di sini.

Susu penuh krim
tanpa pemanis

The unsweetened
full cream milk

Perbandingan Nutrisi Susu Tepung Penuh Krim Puremil Terhadap RNI Malaysia 2017

Recommended Nutrient Intakes (RNI) atau Saranan Pengambilan Nutrien merupakan satu bentuk syor cadangan keperluan pengambilan jumlah kalori dan nutrisi harian secara pengkelasan mengikut usia dan status berdasarkan kajian saintifik. RNI Malaysia 2017 adalah yang terkini selepas tahun 2005.

RNI ini menjadi rujukan bagi pihak Puremil dalam memastikan produk SUSU PUREMIL dapat menyediakan nutrisi yang sepatutnya sebagaimana sifat dan khasiat susu itu sendiri. Jumlah skop dan pengambilan harian yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan RNI Malaysia 2017.

Kualiti Produk & Bahan Ramuan

Bahan-bahan ramuan Susu Puremil telah mendapat piawaian HALAL serta diambil dari sumber yang BERKUALITI untuk kebaikan anda sekeluarga.

Susu Puremil dikilangkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) & Islamic Manufacturing Practice (IMP) yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

We bring to you confident. Trust our ingredients.”

Pensijilan KKM

Susu Puremil adalah produk makanan. Untuk makluman, KKM tidak memberi sebarang kelulusan terhadap produk makanan. Yang melalui proses pendaftaran produk cuma ubat dan akan diberikan nombor kelulusan sebelum boleh dijual atau dipasarkan.

Keterlibatan produk makanan dengan pihak KKM secara umumnya hanyalah pada:

1. Permohonan Pengkelasan Produk; untuk menentukan samada produk tersebut berada pada kategori makanan atau ubat. Jika dibawah kategori ubat maka wajib berdaftar di bawah BPFK.

2. Permohonan Pelabelan Produk; untuk menentusahkan design/label di kemasan (kotak/pouch/sticker dsb) mematuhi Akta Makanan 1983.

Pelabelan Susu Puremil adalah mematuhi Akta Makanan 1983.

Zat Besi

Sedia maklum susu penuh krim tidak mengandungi zat tambahan seperti susu formula terutamanya zat besi. Maka makanan lain yang kaya zat besi dan zat-zat lain perlu diambil sebagai makanan tambahan. Nilai nutrisi Susu Puremil adalah nilai nutrisi susu sebenar. Zat besi boleh diambil dari makanan semulajadi seperti kurma, kismis, delima, daging, ikan dan lain-lain.

Transfat di dalam Susu Puremil

Kandungan nutrisi di dalam Susu Puremil ini dilihat mengandungi transfat. Tidakkah ianya membahayakan kesihatan?

Susu asli secara semulajadinya memang mengandungi asid lemak trans dan tidak membahayakan kesihatan. Berbeza dgn asid lemak trans daripada bahan yang diproses yang sememangnya bahaya pada kesihatan contohnya seperti krimer & marjerin kerana melalui proses hydrogenation (proses penambahan atom hidrogen).

Mengikut FDA, nilai transfat di bawah 0.5g per serving boleh diletakkan nilai 0g atau tidak perlu letak nilai transfat. Transfat susu Puremil adalah bawah 0.5g per serving iaitu 0.26g sahaja, malah tidak membahayakan kesihatan berdasarkan kajian/jurnal. Jadi, tidak semua produk yang tidak dinyatakan nilai transfat di kandungan nutrisi tidak mempunyai transfat.

 

Sumber rujukan :

1) https://www.dairynutrition.ca/nutrients-in-milk-products/fat/natural-trans-fats

2) http://milkgenomics.org/article/dairys-trans-fats-associated-with-health-benefits/

3) https://www.cardiosmart.org/News-and-Events/2015/10/Trans-Fats-Especially-From-Dairy-and-Meat-Safe-in-Small-Quantities

4) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4816962/

Cara Pengambilan

Pengambilan susu yang dicadangkan adalah seperti yang tertera di kotak bagi umur 1-3 tahun. Pihak kami tidak menggalakkan pengambilan susu secara berlebihan kerana dikhuatiri anak akan bergantung sepenuhnya dengan susu. Ia juga untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan lain yang pelbagai dan berkhasiat.

3 skop susu untuk 3x minum hampir melengkapi nutrisi yang diperlukan mengikut RNIM (Recommended Nutrient Intakes Malaysia). Kebiasaan pada umur ini anak-anak memilih dan kurang makan makanan berkhasiat/picky eater.

Untuk anak berumur 4 tahun ke atas, boleh minum 1-2x sehari (4 skop per serving) kerana pada umur ini anak sudah tidak memilih makanan dan banyak dapatkan makanan bernutrisi. Tidak perlu mengikut sukatan di kotak lagi.

Cadangan pengambilan bagi orang dewasa termasuk ibu hamil dan menyusu adalah sebanyak 5 skop untuk 1 hidangan. Boleh minum 1 atau 2 kali sehari.

Peringatan: Sudu disediakan di dalam kotak, sila basuh sebelum guna.

Kandungan & Fakta Nutrisi Susu Puremil Penuh Krim

Kandungan & Fakta Nutrisi Susu Puremil Coklat

Tarikh Luput

Bagi memastikan kesegaran susu gunakan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka. Simpan di tempat yang kering dan elakkan daripada pancaran cahaya matahari secara langsung. Cara penyimpanan ini terdapat di kotak susu dan pastikan anda ambil perhatian.

Tempoh tarikh luput atau baik sebelum (best before) tidak lama iaitu 1 tahun 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Berat dan Harga

Susu Puremil Full Cream 500gm rm35/unit

Susu Puremil Coklat 500gm rm35/unit

Belian per karton 12unit x rm30 = rm360 (jimat rm60)

Kos pos Semenanjung
1 unit rm8
2-12 unit rm12

Kos pos Sabah/ Sarawak
Bergantung kepada berat

Cara Belian

Pembelian Susu Puremil boleh dibuat melalui wakil yang dilantik dan beberapa outlet yang telah disenaraikan. Klik di sini.