Anda ibu bapa prihatin yang mempunyai anak berusia 1-3 tahun menghadapi masalah berat badan anak tak naik?
Anak susah nak makan nasi?
Tambah selera makan anak kurang dari 14 hari tanpa multivitamin.
Tak perlu multivitamin, cukup dengan “susu yang betul” dapat selesaikan masalah anak susah nak makan nasi.
Susu Penuh Krim adalah “susu yang betul” untuk menaikkan selera makan anak.
Kajian menunjukkan vitamin B12, zink dan magnesium dapat meningkatkan selera makan.
Vitamin-vitamin ini biasa didapati dalam susu penuh krim,
berkadaran dengan keperluan nutrisi harian kanak-kanak menurut RNIM 2017.
RNIM = Recommended Nutrient Intakes for Malaysia
Banyak lagi sebenarnya markah tambahan bagi susu penuh krim berbanding susu yang lain.
Malangnya…
Maklumat di atas tidak terpakai untuk kebanyakan susu penuh krim yang ada di pasaran.
Kenapa?
Industri susu tidaklah seindah yang dikhabarkan.
Sedangkan madu ada tiruan, lagikan susu.
Jika anda terbeli “susu yang salah”, maka anak anda bakal menanggung kesan sampingan yang tidak kurang menyenangkan;
Anak menangis tak tahu punca.
Kembung perut.
Kadang-kadang tantrum semacam.
Anda terpaksa berjaga malam buat susu untuk anak kerana anak lapar.
Sebulan sekali mesti demam.
Kesannya..
Anda sendiri tak cukup rehat.
Emosi terganggu, aktiviti harian tidak lagi produktif.
Perlu kerap ke klinik untuk pemeriksaan berat anak.
Ada juga perlu hadiri kaunseling pemakanan selepas anak berusia 1 tahun.
Ya, seluruh kehidupan anda bakal terjejas dek kerana susu yang salah.
Anda hendak serahkan nasib kesihatan anak anda secara bulat-bulat kepada syarikat susu berdasarkan maklumat iklan yang disiarkan?
Atau anda sendiri yang tentukan dengan membuat pilihan yang bijak?
5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Susu Di Pasaran. No. 3 Memang Tak Sangka.
1. Produk OEM
Produk dihasilkan berbekalkan maklumat yang diberikan oleh pengilang sahaja.
Pemilik produk hanya menerima produk siap berdasarkan kriteria yang diminta.
Kualiti dan formulasi bahan tidak dapat disahkan sebaiknya.
2. Susu Yang Dibeli Bukanlah Susu Sebenar
Sebaliknya ialah krimer bukan tenusu. (serbuk susu berwarna putih melepak). Susu ini tidak tersenarai dalam Akta Makanan.
P/S: bukan tenusu bermaksud bukan bersumberkan dari susu haiwan. Contohnya seperti krimer sawit.
3. Susu Yang Menyamar
Susu ini dinamakan SUSU ISIAN/ FILLED MILK.
Iaitu campuran susu skim bersama dengan lemak sayuran sehingga mencapai nilai lemak susu penuh krim yang sebenar.
Serbuk berwarna kuning pudar. Rasanya berbeza dengan susu penuh krim sebenar.
Merujuk kepada Akta Makanan, susu ini dibenarkan menggunakan nama Susu Penuh Krim (cecair/ tepung). Dari segi kualiti, tuan-tuan boleh nilaikan sendiri.
4. Susu Tinggi Gula
Sebahagian susu dicampurkan dengan sejumlah gula dan maltodekstrin.
Selain menjadikan susu tersebut manis dan digemari kanak-kanak, gula dan maltodekstrin ini menjadikan susu tersebut berat dan kelihatan banyak.
Pengambilan susu seperti ini memaksa pankreas untuk menghasilkan insulin yang tinggi bagi mengawal kadar gula dalam darah.
5. Kualiti Susu Yang Rendah
Susu tersebut rendah protein dan nutrien-nutrien lainnya, boleh dilihat pada jadual maklumat pemakanan.
Protein yang tidak berkualiti disebabkan faktor penjagaan ternakan.
Protein yang digunakan dari sumber whey.
Dengan sedikit suntikan teknologi,
Susu Tepung Penuh Krim Puremil
adalah susu yang terbaik untuk membantu menaikkan selera makan anak anda
tanpa kesan sampingan lainnya.
Kenapa susu penuh krim adalah susu yang terbaik dari sudut pandang sebagai ahli bidang pemprosesan makanan?
Penafian:
Info yang bakal dikongsikan di bawah ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, atau mensucikan pula pihak yang lain, tetapi bertujuan untuk mendidik pengguna dalam memilih susu yang betul (baik & sesuai) serta membetulkan salah faham tentang kepelbagaian susu yang ada di pasaran. Kami juga pengguna sama seperti anda. Sebagaimana kami mahukan yang terbaik buat anak-anak kami, begitulah juga dengan produk susu yang kami hasilkan ini.
Less is more. Nothing less.
Bahan Kandungan & Maklumat Pemakanan Penentu Khasiat Sesuatu Makanan?
Biasa yang kita diberitahu, kalau nak tahu susu tu baik, cukup sekadar melihat pada 2 perkara iaitu;
- bahan kandungan dan
- maklumat pemakanan (fakta nutrisi).
Tapi tak semua orang faham, lebih-lebih lagi bila lihat pada ruangan maklumat pemakanan.
Contohnya;
Ramai yang tak tahu nilai karbohidrat juga merujuk kepada jumlah kandungan gula. Maltodekstrin juga merupakan sebahagian daripada gula dan berada dalam sub-kategori kepada karbohidrat.
Tak semua juga tahu sebahagian lemak sayuran merujuk kepada krimer (sumber sawit).
Ya, krimer juga sebahagian daripada bahan yang hadir dalam susu tepung/formula dan dibenarkan penggunaannya.
Bahkan ada juga susu tepung sejumlah besarnya terdiri daripada krimer.
Maka, kebergantungan kepada bacaan pada bahan kandungan dan fakta nutrisi menjamin sepenuhnya kebaikan susu tersebut adalah tidak tepat.
Kenapa Akta Makanan 1983 menjadi sebahagian daripada panduan untuk menilai sesuatu susu itu baik?
Akta Makanan berfungsi dengan melindungi pengguna dengan mengawal selia bahan-bahan yang dibenarkan untuk diletakkan ke dalam makanan yang diproses supaya ianya selamat untuk dimakan.
Nota: Selamat di sini tidak bermaksud ianya Halal & menyihatkan (organik, bukan GMO dsb), kerana dalam Akta Makanan juga merangkumi makanan yang tidak Halal.
Tahukah anda susu lembu ialah susu yang terpaling sunnah berbanding susu lambing?
Ini kerana ada disebutkan dalil hadis secara khusus tentangnya.
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:”Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan untuknya penawar. Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya lembu makan dari pokok-pokok.”
(Hadis daripada Thariq bin Syihab ra.,Musnad Imam Ahmad, no.hadis 18,077.Al-Maktabah asy-Syamilah).
Dalam hadis yang lain pula:
Maksudnya: “Sesungguhnya hendaklah kamu meminum susu lembu kerana lembu makan daripada pokok-pokok dan susu ialah penawar bagi segala penyakit” (Mustadrak al-Hakim no. 8224)
Dari minum 8 botol sehari, terus jadi 3 botol sehari tanpa ketagihan susu atau botol lagi. Terbaik sangat.
Sebelum ni anak saya bila menyusu kerap dia tak nak makan nasi, sejak saya berentikan susu sebelum ni okla sehari 2 3 kali makan nasi disamping mknn2 lain
Ibu bapa mana tak gembira, anak yang dulunya susah nak makan nasi, tiba-tiba minta nak makan nasi?
Ibu bapa mana tak gembira anak dulunya asyik minum susu je, sekarang dah kurang minum susu dan mula makan nasi dan makanan-makanan lain.
Gejala “minum susu kerap & kurang makan nasi” terhadap kanak-kanak boleh mangakibatkan beberapa masalah seperti;
- kekurangan nutrisi,
- kurang berat badan,
- obesiti (obesiti boleh berlaku dengan kehadiran gula yang berlebihan),
- diabetes,
- gigi cepat rosak,
- hyperaktif,
- tulang rapuh,
- graf pertumbuhan tidak normal dan sebagainya.
Susu Puremil yang tidak manis dan penuh khasiat insyaallah dapat membantu mengatasi masalah di atas.
Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.
Terbukti Berkesan
Susu Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak 1-3 tahun dapat membantu meningkatkan selera makan dan berat badan anak, sesuai dengan beberapa jurnal yang menyebutkan hal sedemikian.
Berkualiti
Susu Puremil ialah susu tepung penuh krim yang asli. Bukan campuran dan bukan pula susu isian (susu skim yang ditambahkan dengan lemak sayuran berkadaran dengan lemak susu sebenar). Tekstur, rasa & kualiti sangat berbeza dengan susu sebenar.
Selamat
Beberapa ujian makmal turut dijalankan bagi mengenalpasti jumlah makro & mikro nutrient termasuk kandungan asid lemak seperti DHA, EPA, Omega-3 dan termasuk juga ujian logam berat bagi memastikan produk susu ini selamat daripada pencemaran logam berat.
Assalamualaikum. Saya Nazirul, Pengurus Syarikat Puremil Trading.
Kenapa susu Puremil?
Pada tahun 2008 berlakunya 1 skandal terbesar pencemaran susu tepung di China yang menyebabkan bayi & kanak-kanak mendapat sakit buah pinggang. Ia melibatkan 300,000 kanak-kanak, 54,000 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala 6 bayi meninggal dunia kerana kemplikasi buah pinggang. Hanya kerana 1 bahan iaitu melamin dicampurkan ke dalam susu bertujuan untuk meningkatkan kadar protein.
Pada tahun 2016 pula, netizen di Malaysia dikejutkan dengan isu susu kambing bukanlah susu kambing sebenar tetapi sebahagian besarnya dicampurkan dengan krimer. Hal tersebut didedahkan oleh seorang pakar motivasi yang agak terkenal di Malaysia. Juga didedahkan oleh beberapa doktor yang lain, tetapi kurang mendapat perhatian. Implikasi yang berlaku ialah protein susu kambing yang sepatutnya sekitar 25g/100g menjadi sekitar 2g/100g sahaja. Ini bermaksud susu kambing asli yang digunakan hanyalah sekitar 8% sahaja. Selebihnya ialah krimer, maltodekstrin dan gula. Perkara ini dapat dilihat dengan kehadiran jumlah lemak dan karbohidrat yang tinggi. Susu sebegini sangat kurang zat. Malah sebahagiannya dijual dengan berlabelkan sunnah serta turut diberikan kepada bayi yang baru lahir.
Selain masalah di atas, terdapat 1 lagi masalah yang menjadi kelompangan dalam industri susu tepung iaitu susu yang manis. Mana-mana susu tepung, baik susu formula hampir kesemuanya berasa manis walaupun tak kurang juga yang claim sebagai tiada gula sukrosa, tiada gula tambahan dan sebagainya. Susu yang manis menggalakkan kanak-kanak supaya kerap meminum susu. Hal seperti ni sangat menguntungkan syarikat kerana susu kerap diminum bermaksud susu akan kerap dibeli.
Risau akan hal sebegini berlaku lagi, Susu Puremil dihasilkan sebagai alternatif kepada pasaran susu yang sedia ada, mengisi kelompangan di atas. Kami faham,maksud sebenar susu ialah minuman yang berkhasiat yang tinggi dengan nilai protein, kalsium serta nutrisi yang lain yang mana tiada minuman yang setara dengannya kecuali susu ibu. Ianya berperanan sebagai minuman harian disamping makanan-makanan lain, dan bukanlah sebagai sumber makanan utama bagi kanak-kanak itu sendiri.
Susu Puremil dihasilkan dengan mnegambil kira aspek perundangan, akta makanan 1883, RNIM 2017. Tanpa gula sukrosa mahupun pemanis. Kami percaya minuman yang manis bukanlah tabiat semulajdi manusia dan ianya harus kdikawal sedari awal, kerana kami juga ibu bapa seperti anda. Kami tidak mahu anak-anak kami menjadi ketagih terhadap minuman/ makanan manis dan tertinggal ke belakang dalam menikmati makanan yang berkhasiat. Sedikit inovasi omega-3 diletakkan ke dalam susu Puremil menjadikan susu tepung penuh krim yang pertama yang mengandungi DHA+EPA & Omega 3 serta yang paling tinggi dibandingkan dengan beberapa brand yang lain pada tahun 2020.
Anda kini boleh menikmati susu tepung penuh krim tanpa was-was, diyakini selamat, Halal lagi baik.
Bagaimana susu Puremil dapat meningkatkan selera makan anak? Apakah rahsianya?
Rahsianya terletak pada keaslian susu itu sendiri & nutrisi yang terdapat dalam susu Puremil.
Susu pun ada yang tak asli juga ke?
Bukan tak asli, cuma terdapatnya beberapa kategori/ kualiti susu tepung penuh krim di pasaran. Walaupun namanya sama (susu tepung penuh krim), tetapi berbeza kualiti, rasa & khasiat.
Bahasa mudahnya, terdapat 3 jenis/ kategori susu tepung penuh krim di Malaysia.
Pertama susu premium seperti susu Puremil, iaitu susu tepung penuh krim asli tanpa sebarang campuran, malah diperkaya dengan 1.5% DHA+EPA & Omega 3.
Kedua, susu tepung skim yang diolah menjadi susu tepung penuh krim dengan menggantikan lemak susu sedia ada kepada lemak sayuran (kebiasaannya berasaskan sawit), nilai nutrisi hampir sama dengan susu asli, namun demikian rasa, warna, strukturnya berbeza. (Susu isian, rujukan Akta Makanan).
Ketiga, susu tepung penuh krim yang dicampurkan dengan sejumlah besar krimer, maltodekstrin & gula. Susu ini boleh dibezakan dengan rupa, warna dan rasa yang sangat berbeza. Protein dan nutrisi lainnya sangat rendah, karbohidrat dan lemak pula sangat tinggi. Walaupun rasanya manis & sedap, amat dikhuatiri kurang berkhasiat untuk anak-anak.
Kategori pertama & kedua sabit di dalam akta, manakala kategori ketiga anda fikir-fikirkan sendiri.
Beberapa kajian mendapati vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium banyak mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang hilang selera makan kemudian diberikan supplemen vitamin B12 mula makan dan minum secara normal selepas beberapa hari (Dror & Allen, 2008).
Supplemen zink dapat meningkatkan selera makan dan berat badan dengan jumlah yang ketara terhadap kanak-kanak yang tidak berselera makan dan mengalami masalah tumbesaran (Shakur et al.,2009)
Kekurangan zink, magnesium, vitamin B12, vitamin B1 (Thiamin) dan B3 (Niacin) pula menyebabkan gejala hilang selera makan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017)
Vitamin D dapat membantu penyerapan zink, kalsium, magnesium, ferum, kuprum dan selenium ke dalam tubuh badan (Gerry & Stephen, 2015). Kekurangan vitamin D menyebabkan semua vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik. Ini menjadi faktor kanak-kanak menjadi kurang selera makan, tumbesaran fizikal dan mental terbantut serta badan menjadi lemah.
Susu Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak 1-3 tahun insyaallah dapat membantu meningkatkan selera makan dan berat badan bagi anak yang mengalami masalah kurang berat badan.
Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.