Sebagai ibu bapa, mencari susu yang bagus memang satu perkara yang sangat penting.

Tetapi sesetengah ibu bapa tidak membuat kajian dan akan membeli mana-mana susu sahaja asalkan ia diiklankan sebagai susu untuk budak.

Ini tidak bagus kerana tidak semua susu mempunyai khasiat yang cukup. Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 5 susu yang bagus untuk budak.

Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat yang lebih lanjut.

 

Panduan Susu Bagus Untuk Budak Mengikut Umur

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis susu untuk yang dijual di pasaran. 

Namun, membuat pemilihan susu yang bersesuaian bagi budak adalah sangat penting kerana bukan semua susu adalah sesuai untuk semua peringkat umur. 

Dengan itu, panduan yang berikut boleh dirujuk bagi anda yang mencari susu sesuai dengan umur  anak: 

1. Bayi di bawah 1 tahun

Bagi bayi berumur di bawah 1 tahun, hanya susu ibu dan susu formula sahaja yang boleh diberikan mereka minum. 

Susu lembut adalah tidak bersesuaian dengan mereka kerana sistem pencernaan mereka masih tidak boleh mengahadam susu lembu. 

Namun, produk tenusu seperti keju dan yogurt boleh diberikan kepada mereka setelah mencecah usia 6 bulan disebabkan oleh kandungan bakteria yang baik untuk sistem pencernaan mereka. 

2. Kanak-kanak 1 tahun

Susu lemak rendah adalah pilihan yang baik bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun. 

Ini adalah untuk penting untuk membiasakan mereka dengan susu lemak rendah dari awal supaya mereka memperoleh lemak dari sumber makanan lain tanpa lemak tambahan. 

Tetapi ini tidak bermaksud susu penuh krim tidak boleh diminum. Ia adalah bagus untuk merangsang perkembangan dan meningkatkan berat anak. 

Pakar mengesyorkan agar susu ini tidak diberi kepada anak berumur 1 tahun jika mereka telah mendapat kandungan lemak yang mencukupi dari makanan. 

Ini adalah untuk mengelakkan mereka dari menjadi obes apabila besar nanti. 

3. Kanak-kanak 2 tahun dan keatas

Dalam menentukan susu yang sesuai bagi kanak-kanak berusia 2 tahun keatas, diet mereka perlulah dilihat terlebih dahulu. 

Untuk anak yang mempunyai selera makan yang baik dan bertubuh sihat, susu lemak rendah adalah lebih sesuai untuk mereka. 

Tetapi bagi anak yang kurang selera makan dan tidak mendapat lemak dari makanan yang mencukupi, mereka sewajarnya diberi susu penuh krim. 

Perbezaan antara dua jenis susu ini adalah kandungan kalori dan lemak di dalamnya. 

Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui keperluan anak-anak supaya mereka mendapat kandungan nutrien yang mencukupi. 

 

Susu Yang Bagus Untuk Anak Anda

  1. Puremil

susu yang bagus untuk budak

Cadangan kami yang pertama adalah Susu Puremil Asli. Ia merupakan susu tepung penuh krim yang sesuai dari umur 1 tahun hingga dewasa termasuk ibu mengandung & menyusu.

Berikut adalah cara penyediaan susu yang anda boleh guna sebagai rujukan.

 

Umur : 1-3 tahun

Cadangan Hidangan :180ml air + 3 skop Susu Puremil Asli ( 3 kali sehari)

 

Umur : 4+ tahun 

Cadangan hidangan : 240ml air + 4 skop Susu Puremil Asli atau 300ml air + 5 skop Susu Puremil Asli ( 2 kali sehari )

 

Susu ini juga merupakan susu yang sesuai bagi anak anda yang membesar kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Ini adalah antara kelebihan susu Puremil:

  • Susu penuh krim berupaya meningkatkan selera makan anak berusia 1-3 tahun.
  • DHA+EPA dan Omega 3 sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  • Tanpa gula tambahan mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak.
  • Tinggi kandungan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D.
  • Anak-anak lebih kenyang dan kurang minum susu.
  • Menjimatkan kos membeli susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).
  • Mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam.

 

Pada masa sekarang, Puremil mempunyai promosi yang membolehkan anda untuk menikmati penjimatan sebanyak RM60 jika anda membeli 12 kotak (1 karton). 

 

Jangan melepaskan peluang ini! Dapatkan susu Puremil anda di sini!

 

  1. Susu Kambing Salic Goat

Susu Kambing Salic Goat adalah 100% susu kambing tulen tanpa tambahan gula, pewarna, pengawet, dan maltodekstrin. 

Susu ini adalah diproses di Holland dari kambing baka saanen iaitu baka susu kambing yang terbaik. 

Seterusnya, susu ini sesuai diminum oleh bayi berusia 6 bulan keatas dan boleh mengganti susu ibu. 

Salic Goat juga terbukti dapat mengurangkan reaksi sensitiviti seperti ekzema dan alergi terhadap susu lembu. 

 

  1. Susu Tepung Fernleaf

Susu yang bagus untuk budak seterusnya adalah susu tepung dari Fernleaf. Produk ini dibuat untuk kanak-kanak yang berumur dari 1 hingga 6 tahun.

Terdapat 2 pilihan untuk anda iaitu untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun. Berikut adalah beberapa kelebihan susu tepung Fernleaf:

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
  • Termasuk vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan
  • Merupakan sejenis serat makanan

 

  1. Biogreen O’Soy Plus Organic Soya Milk

Susu kacang soya dari Biogreen juga merupakan susu yang sesuai untuk budak. Ini kerana ia membantu dalam proses penghadaman dan melancarkan pencernaan.

Ia juga menguatkan tulang dan gigi anak anda dan membantu dalam pengembangan otot dan sel mereka. Selain itu, LDL iaitu kolestrol jahat juga boleh dikurangkan dengan susu ini.

 

Susu soya ini sesuai bagi bayi yang berumur 1 tahun ke atas.

 

  1. Dutch Lady Milk

susu yang bagus untuk budak

Susu Dutch Lady adalah padat dengan nutrisi seperti protein, kalsium dan vitamin B2. 

Oleh itu, susu ini adalah sangat sesuai untuk diminum bukan sahaja orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. 

Selain itu, susu Dutch Lady tersedia dalam pelbagai jenis perisa dan format iaitu UHT, steril, di pasteur, serta banyak lagi. 

Anda bolehlah membuat pilihan bersesuaian dengan keperluan seisi keluarga. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai susu yang bagus untuk budak di Malaysia.

Jika anda mencari susu yang paling sesuai untuk anak anda, kami mencadangkan anda membeli pilihan nombor 1 kami iaitu dari Puremil.

Selain dari Susu Tepung Puremil Asli, anda juga boleh memilih perisa coklat untuk anak anda jika mereka lebih gemar dengan pilihan ini!

Seperti yang telah dinyatakan, Puremil mempunyai promosi yang sangat bagus pada masa yang terhad.