Apakah khasiat susu?
Tahukah anda terdapat hampir kesemua jenis nutrien yang diperlukan oleh badan kita dalam segelas susu?
Anda disarankan untuk mengamalkan minum susu sepanjang usia, bukan sahaja semasa awal peringkat umur.
Jadi, janganlah malu minum susu atau beranggapan susu itu hanya untuk kanak-kanak dan orang tua, sebaliknya ia amat sesuai untuk semua peringkat usia.
Orang dewasa juga digalakkan untuk minum susu dalam diet seharian agar mereka dapat kekal sihat sentiasa.
Kenapa Kita Perlu Minum Susu?
Susu diperkaya dengan vitamin D.
Vitamin ini merupakan nutrien penting bagi penyerapan kalsium dalam tulang.
Malah, terdapat juga kajian yang menyatakan vitamin D dapat mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.
Selain minum susu, vitamin D juga boleh diperoleh dengan mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi pada waktu awal pagi.
Di samping itu, amalan pengambilan susu dalam diet harian juga penting untuk kekuatan tulang kita.
Risiko osteoporosis (tulang rapuh) juga dapat dikurangkan kerana susu mampu membantu badan anda untuk membina dan mengekalkan jisim tulang.
Seterusnya, dalam kandungan susu juga terdapat nutrien lain seperti potasium, magnesium dan kalsium.
Nutrien-nutrien ini mampu mengurangkan risiko darah tinggi serta membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat dalam badan.
Khasiat Dan Kelebihan Susu
- Bagus Untuk Tulang
Kalsium merupakan salah satu nutrien yang ada dalam segelas susu.
Kalsium ini merupakan nutrien yang sangat penting untuk kita kerana ia memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan dan juga penjagaan tulang kita.
Selain dari kalsium, susu juga mengandungi potasium dan fosforus yang juga bagus untuk kesihatan tulang.
Ia boleh anda membantu untuk mengelak penyakit tulang seperti osteoporosis.
Ini berdasarkan beberapa kajian yang mendapati bahawa risiko untuk menghadapi penyakit seperti osteoporosis berkurang jika anda mengambil produk tenusu.
- Sumber Protein
Susu juga mengandungi sumber protein dengan sangat banyak.
Ini bagus kerana protein merupakan nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
Ia memainkan peranan yang sangat penting seperti untuk perkembangan kita, membaiki sel-sel mati dan juga menjaga sistem imun kita.
Bagi atlet, protein sangat penting untuk mereka kerana ia membantu untuk mengurangkan kesakitan selepas aktiviti sukan atau untuk pemulihan tubuh badan.
Daripada anda membeli suplemen yang mahal-mahal, lebih baik anda mengambil susu kerana ia adalah produk semula jadi.
- Mengurangkan Risiko Obesiti
Khasiat susu seterusnya adalah susu boleh mengurangkan risiko seseorang itu menghadapi obesiti. Ini kerana terdapat banyak nutrien yang boleh menjadi pengganti makanan.
Seperti dinyatakan sebelum ini, susu merupakan sumber protein yang bagus dan ini sangat penting kerana ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Oleh itu, anda tidak akan mencari makanan dan ini akan membantu anda untuk menjaga berat badan anda.
Kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil susu atau produk tenusu membawa risiko yang lebih rendah menghadapi obesiti berbanding mereka yang tidak ambil.
Oleh itu, jika anda seseorang yang berjaga-jaga tentang berat badan, susu merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk anda!
Khasiat Susu Puremil: 7 Sebab Anda Patut Minum Susu Ini
- Menaikkan selera makan
Anda buntu memikirkan cara meningkatkan selera makan anak?
Jangan risau lagi, Susu Puremil dapat meningkatkan selera makan mereka.
Ini kerana susu ini mengandungi Vitamin B12 dan zink yang berfungsi untuk menambah selera makan anak-anak.
Dengan Susu Puremil, pastinya mereka sentiasa kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.
Malah, minda juga dapat berkembang kerana badan mereka mendapat nutrien yang mencukupi.
- Terdapat khasiat DHA, EPA dan Omega-3
Susu Puremil mengandungi DHA, EPA dan Omega-3 yang boleh menjamin kesihatan mata, otak dan jantung anak-anak.
Bukan itu sahaja, fungsi kognitif anak-anak juga dapat dipertingkatkan. Ini akan memudahkan mereka untuk membaca, menghafal, mengasah deria penglihatan dan menguatkan sistem imun.
Mereka dapat memberi lebih fokus semasa belajar serta tingkah laku mereka juga dapat dikawal.
- Kenyang lebih lama
Bagi memastikan anak-anak berasa kenyang lebih lama, protein serta lemak susu yang tinggi dapat membantu.
Apatah lagi dengan rasanya yang tidak manis, mereka pasti tidak akan ketagih dengan susu. Jadi, mereka akan mula mencari makanan pejal seperti nasi, buah dan sebagainya.
Bayi berusia seawal 6 bulan perlu diperkenalkan dengan makanan pejal.
Mereka memerlukan nutrisi-nutrisi tambahan lain.
Oleh itu, susu bukan lagi satu-satunya makanan mereka. Jadi, masalah kekurangan nutrisi (malnutrisi) atau “lapar tersembunyi” dapat dielakkan.
- Tanpa gula tambahan
Susu Puremil tidak mengandungi sebarang gula tambahan ataupun pemanis lain seperti stevia, sucralose, aspartame dan lain-lain.
Oleh itu, risiko gigi anak cepat rosak dapat dikurangkan seawal usia muda.
Ketagihan terhadap makanan dan minuman manis juga dapat dikurangkan apabila mengamalkan susu yang tidak manis ini dalam diet harian.
- Menjimatkan kos
Anda boleh membuat 25 bancuhan Susu Puremil dengan setiap kotak!
Bagi memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda, pengambilan susu ini sebanyak 3 kali sekali sudah mencukupi.
Setiap satu kotak Susu Puremil ini akan dapat bertahan selama 8 hari apabila anda mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu minum 3 kali sehari, dengan 3 skop bagi setiap bancuhan.
Menjimatkan bukan?
- Mengandungi kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D
Tahukah anda dengan memenuhi kandungan nutrisi yang mencukupi, badan anda dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit berjangkit?
Susu Puremil juga dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
Ini kerana tubuh badan mereka telah mendapat pelbagai aspek nutrisi yang diperlukan.
- Mudah dibancuh
Selain itu, Susu Puremil juga mudah larut walaupun dibancuh tanpa menggunakan air suam atau air panas.
Jadi, jangan risau lagi dengan masalah susah membasuh kerana susu ini tidak melekit pada celah cawan, botol ataupun puting.
Susu Tepung Penuh Krim Puremil sesuai untuk diamalkan oleh semua golongan umur seawal usia 1 tahun termasuk wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
Bukan itu sahaja, Puremil juga menawarkan Susu Puremil Coklat yang terdapat kandungan nutrisi yang hampir sama dengan Susu Tepung Penuh Krim Puremil.
Susu ini amat sesuai diminum semasa sarapan pagi atau boleh juga dijadikan sebahagian daripada resipi hidangan.
Dan anda tidak perlu bimbang, semestinya bahan-bahan ramuan Susu Puremil diambil daripada sumber berkualiti demi kebaikan pengguna. Malah, susu ini juga telah mendapat piawaian HALAL.
Jangan tunggu lagi, dapatkan Susu Puremil anda hari ini!