Bila anda ke supermarket atau kedai runcit untuk membeli susu, pasti anda pernah terjumpa dengan pelbagai jenis susu.

Mungkin baru sekarang anda terfikir, apa bezanya semua susu ini? 

Jangan tak tahu, jenis susu bukan dibezakan dengan haiwan yang mengeluarkan susu sahaja tetapi jenis kandungan di dalamnya. 

Dalam artikel ini, kami jelaskan lebih lanjut tentang jenis-jenis susu yang ada di pasaran sekarang. 

Jenis-Jenis Susu

jenis susu segar di pasaran

Susu adalah salah satu minuman yang tidak asing di kalangan kita. Malah susu merupakan benda yang sangat penting ketika kita masih bayi.

 

1. Susu Segar (Fresh Milk)

susu segar

Susu segar adalah salah satu susu yang selalu diminum. Ia merupakan susu mentah yang telah dipasteurkan untuk memastikan tiada kuman di dalamnya.

Harga susu segar adalah lebih mahal berbanding susu-susu yang lain, lebih-lebih lagi jika ianya susu yang diimport dari luar negara. Susu ini diimport di dalam bentuk cecair.

 

2. Susu Penuh Krim (Full Cream)

susu penuh krim

 

Susu penuh krim mempunyai komposisi lemak seperti susu segar. Namun, harganya lebih murah berbanding susu segar.

Ia boleh didapati di dalam bentuk cecair ataupun serbuk. Sesetengah susu penuh krim ini diimport di dalam bentuk serbuk sebelum dihidrasi semula di kilang tempatan.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)

susu rendah lemak

 

Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, susu rendah lemak ini adalah sangat sesuai untuk diminum. Susu ini adalah susu yang telah dibuang lemaknya sehingga 1.5% 

Susu ini dijual di dalam bentuk cecair dan juga dalam bentuk serbuk iaitu susu tepung.

 

4. Susu Skim 

Susu skim juga merupakan susu yang bagus untuk anda minum jika anda ingin menurunkan berat badan.

Selain tu, susu skim ini adalah susu yang dibuang lemaknya sehingga mengandungi 0.15% kandungan lemak.

Lemak susu diasingkan dengan menggunakan mesin pengempar di mana lemak dikaut dari permukaan susu.

 

5. Susu Formula (Infant Formulated Milk)

 

Susu formula merupakan susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai komposisinya mengikut nutrisi susu ibu. 

Seterusnya, untuk memastikan susu ini selamat dan sihat untuk bayi, peraturan pembuatannya telah diperketatkan.

6. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)

 

Susu bukan tenusu selalunya diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti soya, badam, beras dan lain-lain.

Susu ini selalu diminum oleh mereka yang mempunyai masalah alergi kepada susu, vegan serta intoleransi terhadap laktosa.

 

7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)

Susu pekat manis ini merupakan susu yang sentiasa digunakan oleh rakyat Malaysia di dalam air minuman seperti air Milo, teh tarik dan sebagainya.

Terdapat dua jenis susu pekat manis, satu diproses dari susu lembu, kedua diproses dari sumber tumbuhan, kebiasaannya krimer sawit.

Kebanyakan susu pekat manis yang dihasilkan di Malaysia diproses daripada sumber krimer sawit, manakala di luar negara diproses daripada susu lembu.

Oleh kerana susu pekat manis sememangnya sedap dan manis, kita disarankan untuk mengawal pengambilannya kerana boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti kencing manis.

puremil

8. Susu Sejat (Evaporated Milk)

Berbeza dengan susu pekat manis, susu sejat tidak dicampur dengan gula. Susu ini selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan kek serta minuman.

Tetapi cara pembuatannya lebih kurang sama dengan susu pekat manis di mana ianya merupakan susu asli yang dipanaskan sehingga menjadi lebih padat.

 puremil

9. Krimer

Krimer boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair. Ia diperbuat daripada lemak sayuran, gula, pemanis, emulsifier dan penstabil.

Biasanya krimer digunakan di dalam air minuman seperti kopi dan teh.

puremil

Berikut adalah perbezaan dan kategori susu segar.

 

Perbezaan dan Kategori Susu Segar 

Terdapat 7 kategori susu segar yang boleh kita pilih di pasar raya. Pernahkah anda terfikir kenapa ada sesetengah susu yang sejuk dan tidak sejuk?

Di bawah, kami kongsikan beberapa jenis susu segar dan perbezaannya.

 

1. Susu Segar (Organik dan belum diproses)

Susu segar yang belum diproses ini selalunya boleh didapati di kawasan pendalaman dan kampung di mana ianya datang terus dari haiwan ternakan seperti lembu.

Menurut CDC Amerika, susu yang tidak dipasteurkan boleh membahayakan nyawa kerana ianya mengandungi kuman dan bakteria dari haiwan tersebut.

Susu segar ini mengandungi lemak susu sebanyak 3% dan tidak ditambah dengan bahan-bahan yang lain.

puremil

2. Susu Segar Berperisa

Pernahkah anda ingat tentang program minum susu segar berperisa yang selalu datang ke sekolah dulu?

Susu segar berperisa merupakan susu yang telah dicampur dengan bahan-bahan tambahan seperti pewarna, perisa seperti strawberi, jagung dan coklat, gula dan kondisioner makanan.

puremil

 

3. Susu Segar (Suhu Ultra Tinggi)

Susu Segar Suhu Ultra Tinggi ataupun dikenali juga sebagai Ultra-High Temperature (UHT) menggunakan suhu sekurang-kurangnya sebanyak 135°C untuk merawat susu.

Susu dipanaskan untuk membunuh mikroorganisma yang terdapat dalam susu dengan menggunakan stim sebelum disejukkan dan dibungkus.

Susu UHT ini selamat diminum walaupun nutrisinya tidak sebagus susu biasa yang telah dipasteurkan. Susu UHT ini boleh tahan selama 5-6 bulan jika simpan di tempat yang kering.

 puremil

4. Susu Segar (Dipasteurkan)

Berbeza dengan susu UHT yang boleh disimpan lama, susu segar yang dipasteurkan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Susu ini menggunakan kaedah pemanasan yang melebihi 72°C untuk membuang bakteria dalam susu selama 15 saat.

Susu yang dipasteurkan merupakan susu yang paling selamat untuk diminum dan tidak mengandungi bakteria yang berbahaya. Susu ini selalu di simpan di bahagian rak sejuk.

puremil

5. Susu UHT Campuran Semula (UHT Recombined Milk)

Susu campuran semula merupakan susu yang telah diimport dari negara luar ke Malaysia dalam bentuk serbuk lemak dan pepejal susu.

Kedua-dua serbuk lemak dan pepejal susu ini akan diproseskan semula di kilang. Kedua-dua bahan tersebut dicampur bersama air, susu, gula, dan bahan berperisa secara UHT.

Majoriti susu yang kita beli di pasaraya merupakan susu campuran semula.

puremil

6. Susu Rendah Lemak

Susu rendah lemak mempunyai lemak susu yang tidak melebihi 1.5%. Susu ini mengandungi kandungan nutrien seperti vitamin, kalsium protein tetapi tidak banyak seperti susu biasa.

puremil

7. Susu Skim/Susu Tanpa Lemak

Berbeza dengan susu rendah lemak, susu skim/ tanpa lemak pula tidak mengandungi lemak susu tetapi masih lagi mempunyai kandungan nutrien yang bagus dan berkhasiat.

Anda boleh dapatkan susu skim ini dalam bentuk cecair ataupun serbuk dan ianya sangat bagus untuk mereka yang ingin mengehadkan pengambilan kolestrol.

puremil

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kategori dan jenis susu yang anda di pasaran. Kita disarankan untuk bijak memilih apa jenis susu yang anda perlukan untuk keperluan harian anda.

Penelitian pada label nutrien adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika anda ingin membeli susu bayi. Terdapat pelbagai jenis susu bayi di luar sana yang menawarkan khasiat yang berbeza.

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis susu rendah lemak untuk diet untuk menguruskan badan dan hidup dengan gaya hidup sihat. Pilih saja mana-mana yang anda mahu.

Jika anda masih tidak tahu susu penuh krim jenis apa yang anda mahu minum, jangan risau! Anda boleh mencuba susu daripada Puremil.

Puremil menyediakan pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba. Puremil diformulasikan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga.

Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat. Puremil telah pun berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi.

Susu Puremil sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas hingga dewasa termasuk ibu hamil dan menyusu.

Jumlah skop dan pengambilan harian susu Puremil juga telah disesuaikan mengikut faktor umur dan status berpandukan Saranan Pengambilan Nutrisi atau Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2017 seperti yang tertera di kotak.

Untuk bayi berusia di bawah 12 bulan, dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan kepada anak anda. Faktor umur seperti 1-3 tahun dan seterusnya, faktor status seperti hamil atau menyusu.

Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Tepung Penuh Krim dan Susu Coklat. 

  • Susu Tepung Penuh Krim Puremil dihasilkan tanpa gula dan tanpa sebarang bahan tambah makanan yang lain seperti maltodekstrin,krimer, minyak sayuran, penstabil (carrageenan/ guar gum) dan agen anti penggerakan (anti-caking agent).
  • Susu Coklat Puremil pula dihasilkan hanya menggunakan 20% sahaja coklat malt, rasanya juga tidak manis.

 

Susu Puremil merupakan susu tepung penuh krim yang berkualiti tinggi. Ini kerana susu tepung diimport dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

DHA pula diambil dari sumber ikan berjenama MEG-3 dari Switzerland yang mendapat pengiktirafan piawaian International Fish Oil Standard (IFOS).

Di antara kelebihan susu Puremil ialah:

  • Susu penuh krim yang mampu untuk meningkatkan selera makan kanak-kanak berusia 1-3 tahun.
  • Mengandungi DHA+EPA serta Omega 3 yang bagus untuk mata, otak dan jantung.
  • Tiada gula tambahan
  • Harga berpatutan
  • Mudah larut dan boleh dibancuh tanpa menggunakan air suam.

 

Jadi tunggu apa lagi! Jom cuba susu penuh krim Puremil!

 

Nak Beli Susu Tak? Klik Sini