Adakah anda penggemar susu tepung? Sekiranya ya, apakah jenama susu tepung penuh krim kegemaran anda?

Susu merupakan antara minuman berkhasiat yang diperkaya dengan kalsium dan protein. 

Ia juga merupakan sumber terbaik untuk kesihatan tulang anda.

Kini, terdapat banyak jenama susu tepung di pasaraya. Jadi yang mana satu pilihan yang terbaik untuk anda?

Mari kenali jenama-jenama susu tepung penuh krim yang terbaik di Malaysia serta kelebihan setiap satunya dalam artikel ini.

Teruskan membaca!

8 Jenama Susu Tepung Penuh Krim Terbaik Di Malaysia

1. Susu Puremil

 

jenama susu tepung penuh krim

Susu Puremil sudah berada di pasaran sejak Januari 2017 dan ia dihasilkan di kilang bumiputera Islam yang diiktiraf dengan good manufacturing Practice (GMP) di Perak.

Dengan bahan istimewa DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia (MEG-3), susu Puremil merupakan pilihan utama ibu bapa prihatin masa kini!

Susu penuh krim ini juga diformulasi daripada susu lembu asli dan dapat memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh anak anda yang berusia 1-3 tahun.

Antara kelebihan-kelebihan daripada pengambilan susu Puremil adalah:

  • Meningkatkan selera makan anak yang berusia 1-3 tahun.
  • Mengandungi DHA+EPA dan Omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata anak.
  • Dapat mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak kerana ia tidak mengandungi gula tambahan.
  • Mengandungi kandungan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D yang tinggi.
  • Mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam.
  • Memenuhi aspek nutrisi seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017 bagi anak yang berusia 1-3 tahun.
  • Menjimatkan kos pembelian susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).

Seterusnya, Susu Puremil menawarkan 2 jenis perisa yang sangat disukai ramai iaitu Asli dan Coklat, dan ia boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM1.60.

Masih kurang yakin dengan kebaikan Susu Puremil?

Susu Puremil dihasilkan daripada bahan mentah terbaik dengan dan dikilangkan dengan piawaian IMP, GMP, MeSTI, serta dengan pensijilan Halal daripada JAKIM.

Dengan kandungan protein, kalsium, vitamin D, vitamin B12, yang tinggi, Susu Puremil memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan anak anda.

Bukan itu sahaja, ia juga dijamin selamat untuk pengambilan harian, tanpa campuran gula (pemanis), krimer tanpa tenusu, maltodekstrin, pemekat dan juga pengawet.

Seterusnya, satu lagi keistimewaan susu ini adalah ia sangat senang dibancuh dan tidak melekat pada puting atau botol susu.

Hanya masukkan 3 skop untuk setiap bancuhan tanpa perlu air panas atau air suam. Senang bukan?

2. Nestlé Omega Plus Milk Powder 

 

jenama susu tepung penuh krim

Jika anda gemar minum susu tapi takut ia akan menumbangkan kepada kenaikan berat badan, pilihlah Nestle Omega Plus!

Susu rendah lemak yang mengandungi Acticol ini dapat membantu anda untuk mengekalkan berat badan ideal serta mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Susu ini diperkaya dengan Omega 3 dan 6 yang berfungsi sebagai salah satu komponen untuk menghasilkan struktur sel yang sihat pada bahagian otak dan mata.

Dengan harga sekitar RM34.99 sen, anda boleh mendapatkannya di mana-mana pasaraya atau kedai online seperti Shopee, Lazada dan website Nestle sendiri.

 

  1. ANLENE Regular Milk Powder 

Pasti anda sudah kenal dengan jenama susu formula yang terkemuka di Malaysia ini. 

Susu Anlene dirumus khas dengan kandungan protein, kalsium, magnesium dan zink yang tinggi bagi memastikan tulang, otot serta saraf kita sentiasa dalam keadaan yang sihat. 

Selain itu, susu bernutrisi tinggi ini juga mengandungi kolagen yang membantu kulit kelihatan sentiasa sihat dan bermaya. Ia sesuai bagi individu seawal usia 19 tahun dan ke atas.

 

  1. FITWELL Organic Oat Milk


Bagi individu yang mengalami sistem pencernaan yang lemah, susu alternatif terbaik yang boleh dicuba adalah FITWELL Organic Oat Milk.

Ini kerana, susu ini mempunyai kandungan laktosa yang rendah namun ia tidak sesuai diambil sekiranya anda mempunyai alergi kacang atau soya.

Seterusnya, susu ini diperbuat daripada oat organik berkualiti dan tinggi dengan kandungan protein yang membantu perkembangan tisu badan, kalsium, zat besi dan magnesium.

Bukan itu sahaja, kandungan bijirin serat seperti oats juga mampu menguatkan tulang serta gigi.  FITWELL Organic Oat Milk ini juga mengandungi Lecithin, Flax seed dan protein soya. 

 

  1. ENSURE Gold 

ENSURE Gold mungkin sedikit mahal berbanding dengan jenama susu lain, namun segelas susu ini sarat dengan 28 vitamin, mineral, antioksida dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi HMB dan Triple Protein Blend untuk kekuatan fizikal yang baik dan Vitamin D sumber tenaga ekstra.

Susu ini juga dilengkapi dengan prebiotik untuk memperbaiki sistem pencernaan dan sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur kecuali bayi.

 

  1. SUNLAC Skim Milk Powder 

Atasi masalah kolesterol dan cegah penyakit osteoporosis dengan susu skim tanpa lemak – SUNLAC Skim Milk Powder!

Disebabkan susu ini mempunyai kandungan lemak yang kurang, ia amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet dan ingin mengawal pemakanan.

Walaupun susu ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit (kurang dari 1%), ia masih mengandungi banyak nutrisi yang boleh didapati dalam susu lain seperti kalsium.

 

  1. FERNLEAF Full Cream Regular 

Susu jenama Fernleaf ini tidak mempunyai gula tambahan dan dirumus khas untuk anda sekeluarga kecuali kanak- kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. 

Dengan bahan semulajadi dari New Zealand, susu ini juga diperkaya dengan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi serta  vitamin D3 dan magnesium.

Selain itu, ia juga membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan produksi sel darah merah yang lancar.

 

  1. APPETON Weight Gain Adult 

Susu ini merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan.

Susu jenama Appeton ini mempunyai ukuran PER (protein menambah berat badan) yang tinggi iaitu 3.1 berbanding ukuran biasa, 2.5. 

Selain mudah dihadam dan diserap oleh tubuh badan, ia juga diperkaya dengan asid amino untuk perkembangan tisu badan yang baik seterusnya menaikkan berat badan ke tahap ideal.

Kesimpulannya, tepung sudah diproses menjadi serbuk bagi memastikan ia dapat tahan lebih lama dan senang untuk disimpan dan dibawa ke mana sahaja.

Namun, rasa dan kualitinya masih dapat dikekalkan. Oleh itu, jadikan susu puremil pilihan keluarga anda segera! 

Ini kerana, ia bukan sahaja memberikan anda dan keluarga khasiat Omega 3 yang tinggi, ia juga memberikan kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.

Dengan kaedah penghasilan ‘spray drying”, Susu tepung Puremil masih dapat mengekalkan sifat semulajadi susu asli yang segar walaupun dilarutkan di dalam air dengan mudah.

Tambahan pula, susu tepung Puremil telah diimport dari syarikat pengeluar susu lembu terbesar di dunia yang terletak di New Zealand.

Anda boleh mendapatkan susu Puremil daripada dua jenis iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. 

Susu Puremil telah berada di pasaran sejak tahun 2017 dan telah banyak testimoni positif daripada pelanggan yang sudah mencubanya. Kami yakin anda juga akan menyukainya!

Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli serta diperkaya dengan  pelbagai nutrisi yang sihat. Jadikannya sebagai susu pilihan anda sekeluarga sekarang!