Ramai yang tidak tahu susu tepung full cream boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang khasiat susu tepung penuh krim Puremil dan juga cara yang anda boleh gunakannya di dalam masakan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Khasiat Susu Tepung Full Cream Puremil 

Artikel ini akan memberi fokus kepada susu tepung full cream Puremil.

Ia adalah susu yang sesuai dari umur 1 tahun hingga dewasa termasuk ibu mengandung & menyusu. Mari kita lihat khasiat yang anda boleh menikmati jika mengambil susu ini!

  1. Kaya dengan DHA+EPA dan Omega-3

Satu perkara yang sangat bagus mengenai susu ini adalah ia mengandungi kandungan DHA+EPA dan Omega-3 yang tinggi. 

Kedua-dua kandungan ini sangat baik baik untuk kesihatan jantung anda.

Khasiat Omega-3 dapat mengurangkan risiko yang boleh menyebabakan anda menghidap penyakit jantung. Hal ini disebabkan Omega-3 boleh mengurangkan tekanan darah dan juga tahap kolesterol anda.

Selain itu, Omega-3 juga membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Ini memainkan peranan yang tinggi dalam merangsang fungsi pemikiran dan pembelajaran mereka.

  1. Kandungan Nutrien Kalsium yang Tinggi

susu tepung full cream mempunyai nutrien kalsium yang tinggi

Susu tepung full cream Puremil juga merupakan sumber kalsium yang sangat bagus. Kalsium adalah nutrien yang sangat penting untuk kesihatan badan kita.

Salah satu kepentingan kalsium adalah ia memastikan tulang anda berada dalam keadaan yang sihat dan kuat. Ia membantu proses pertumbuhan dan boleh mengelakkan penyakit tulang.

Selain itu, kalsium juga penting untuk kesihatan jantung anda kerana ia membantu untuk menjaga otot jantung bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

  1. Lebih Kenyang, Lebih Sihat

Khasiat yang seterusnya adalah susu ini dapat mengekalkan rasa kenyang di dalam perut anda. 

Ini kerana susu tepung penuh krim penuh Puremil ini tidak mengandungi gula tambahan berbanding makanan atau minuman lain yang biasanya tinggi dengan gula.

Selain itu, ia dapat menghalang anda daripada memakan makanan dalam kuantiti secara berlebihan. 

Tambahan pula, perbuatan tersebut amat tidak digalakkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. 

4 Kelebihan Guna Susu Tepung Puremil Dalam Masakan dan Minuman 

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda mengenai kelebihan jika anda menggunakan susu tepung Puremil di dalam masakan dan minuman.

  1. Pengganti gula putih dan susu pekat manis dalam minuman

susu tepung full cream pengganti gula dan susu pekat

Penggunaan gula putih dan susu pekat di dalam minuman seperti teh tarik, Milo, dan Nescafe bukan lagi perkara yang asing di Malaysia. 

Ada kalanya rasa manis daripada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan kita berasa loya dan muak. 

Disebabkan itu, mereka yang tidak gemar rasa manis yang keterlaluan amat digalakkan untuk menggunakan susu tepung full cream Puremil di dalam minuman. 

Penggunaan susu tepung full cream Puremil bukan sahaja akan mengubah rasa minuman anda, ia turut menghasilkan bau yang menyenangkan dan segar. 

  1. Bahan utama untuk membuat aiskrim 

Anak-anak kecil semestinya amat gemar memakan aiskrim. Ada kala, ibu bapa akan memberi aiskrim kepada si comel secara berlebihan. 

Tetapi, tahukah anda bahawa anda boleh membuat aiskrim dengan menggunakan susu tepung penuh krim Puremil di rumah? 

Menariknya, anda boleh membuat aiskrim mengikut citarasa yang bersesuaian untuk seisi keluarga. 

  1. Penyediaan masakan yang lebih sihat 

Kita seringkali menyediakan makanan dengan menggunakan susu pekat manis ataupun susu cair, betul? 

Makanan seperti dessert dan lauk berkuah menggunakan susu pekat manis atau susu cair dalam kuantiti yang banyak. 

Semestinya kedua-dua jenis juadah itu sedap untuk dinikmati, namun anda perlu lebih mengambil berat mengenai kesihatan tubuh badan. 

Oleh yang demikian, susu tepung full cream Puremil boleh dijadikan sebagai bahan masakan alternatif kepada susu pekat manis dan susu cair. 

Dengan menggunakan susu tepung full cream Puremil, anda boleh menghasilkan pelbagai pencuci mulut seperti pudding dan dadih yang lebih sihat.

  1. Bahan rahsia dalam baking

bahan rahsia dalam baking

Jika anda menggunakan susu tepung sebagai salah satu bahan baking, anda akan dapati tekstur pencuci mulut adalah sangat gebu dan lembap. 

Antara pencuci mulut yang sesuai menggunakan susu tepung sebagai bahan adunan ialah cookies, brownies, puding dan kek. 

Kesimpulannya, susu tepung penuh krim Puremil bukan sahaja membekalkan khasiat kepada si peminum. Tetapi, ia juga amat sesuai dijadikan sebagai bahan masakan. 

Anda pasti boleh menghasilkan pelbagai juadah, pencuci mulut serta minuman yang sedap dan lebih sihat untuk keluarga. 

Di sini kami akan menceritakan kepada anda serba sedikit tentang susu tepung dari Puremil.

susu tepung krim penuh

Susu tepung Puremil merupakan susu tepung penuh krim yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun hingga dewasa termasuk ibu mengandung & menyusu.

Susu ini juga sesuai bagi anak anda yang membesar kerana ia mempunyai banyak khasiat. Ini adalah antara kelebihan susu Puremil:

  • Susu penuh krim berupaya meningkatkan selera makan anak berusia 1-3 tahun.
  • DHA+EPA dan Omega-3 sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  • Tanpa gula tambahan bagi mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak.
  • Tinggi kandungan kalsium, protein, DHA, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D.
  • Menjimatkan kos membeli susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).
  • Mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam.

Selain dari Susu Tepung Puremil Asli, anda juga boleh memilih perisa coklat sekiranya anak anda lebih gemar akan pilihan ini.

Untuk dapatkan produk susu tepung Puremil, anda boleh klik link di bawah dengan segera.