Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting bagi setiap individu, tak kiralah sama ada kanak-kanak atau dewasa.
Anda mungkin pernah dengar sebelum ini, terdapat banyak fungsi dan kebaikan kalsium kepada badan kita.
Tetapi, adakah anda betul-betul faham apa itu kalsium, faedah serta sumbernya?
Teruskan membaca!
Definisi
Ia merupakan salah satu nutrien penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita terutama untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan kerosakan tulang di hari tua nanti.
Kalsium memainkan peranan penting dalam sistem peredaran darah seluruh badan dan fungsi otot untuk bergerak.
Tambahan lagi, badan kita memerlukan kalsium untuk tujuan transmisi saraf (nerve transmission) untuk membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian badan.
5 Kepentingan
1. Kesihatan tulang dan otot
99% kalsium dalam tubuh badan tersimpan di dalam gigi dan tulang.
Tidak hairanlah ia sentiasa menjadi sebutan tentang manfaat pertumbuhan dan pemeliharaan tulang.
Ia dapat membantu memperkuatkan tulang sehingga jangka hayat 20-25 tahun sebelum kepadatannya menurun.
Walaupun begitu, kalsium tetap akan memperlambatkan proses hilangnya kepadatan tulang.
Selain itu, ia juga berperanan dalam mengawal pengecutan otot.
Ion kalsium akan dilepaskan ketika otot dirangsang oleh saraf dan otot akan bergerak.
2. Baik untuk saraf
Sistem saraf tubuh badan kita memerlukan kalsium supaya dapat menghantar isyarat dari otak ke bahagian tubuh yang lain.
Ia bertindak sebagai ubat penenang semulajadi kerana dapat merehatkan otot badan sekaligus menghilangkan tekanan (stress).
3. Mencegah kanser usus besar
Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang tinggi dapat menurunkan risiko satu atau lebih jenis kanser.
4. Baik untuk kesihatan jantung
Kalsium diperlukan dalam mengawal pengecutan otot degupan jantung kerana jantung merupakan otot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan.
Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merehatkan otot-otot halus yang mengelilingi saluran darah, menjadikannya baik untuk kesihatan jantung.
5. Membantu perkembangan janin dalam kandungan
Kalsium dapat menguatkan tulang dan gigi janin yang tumbuh dan berkembang di rahim.
Di samping itu, ia juga membantu pembentukan jantung, saraf dan otot janin yang sihat.
Bukan itu sahaja, manfaat lain adalah untuk membantu pembentukan denyut jantung yang normal, serta kemampuan pembekuan darah milik bayi.
5 Sumber Kalsium
- Sayur-sayuran
Terdapat beberapa sayur-sayuran hijau yang tinggi dengan kandungan kalsium.
Antara jenis sayuran yang boleh dipilih di pasar raya adalah seperti bayam, kangkung, sawi, bok choy dan banyak lagi.
Selain makan begitu sahaja, anda juga boleh mengambil sayuran sebagai sup, salad atau pun dibuat smootie bersama buah lain.
Confirm sedap lah!
- Kacang badam
Jika anda tengah diet, antara snek yang sihat untuk dimakan adalah kacang badam.
Selain kaya dengan kandungan kalsium, ia juga mengandungi magnesium, vitamin E dan pelbagai mineral lain.
Kacang badam ni sangat bagus untuk dimakan untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.
- Ikan sardin/curut/ selayang/ basung
Tahukah anda bahawa 100 gram ikan sardin mengandungi sebanyak 234 miligram kalsium?
Selain itu, ikan sardin juga mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi dan baik untuk kesihatan jantung.
Namun begitu, pengambilan ikan sardin dalam tin adalah kurang digalakkan disebabkan sodium yang tinggi.
Jadi, makanlah ikan sardin yang segar ya?
- Tauhu/Tofu
Kandungan kalsium dalam secawan tofu lebih tinggi berbanding segelas susu.
Tauhu dihasilkan daripada soya dengan campuran kalsium sulfat yang berfungsi sebagai agen pengental.
Daripada agen pengental inilah yang menyumbang kepada jumlah kalsium yang tinggi di dalam tauhu.
Dihasilkan melalui soya, tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan.
- Susu
Susu merupakan salah satu sumber makanan yang kaya dengan kalsium dengan jumlah sebanyak 305mg dalam segelas susu.
Dengan pelbagai jenama susu dipasaran, sudah tentunya kita ingin memilih jenama yang terbaik untuk diminum.
Susu Puremil merupakan 100% susu tepung penuh krim asli tanpa gula tambahan atau sebarang jenis pemanas, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil, dan agen antipergerakan.
Susu Puremil mengandungi kalsium sebanyak 950mg per 100g dan untuk satu hidangan pula (per serving) adalah sebanyak 190mg.
Dengan 3 kali pengambilan sehari, susu Puremil dapat menyumbangkan kalsium sebanyak 580mg ke dalam tubuh badan kanak-kanak berusia 1-3 tahun iaitu 83% daripada keperluan kalsium sebanyak 700mg bagi kanak-kanak berusia 1-3 tahun berdasarkan RNIM 2017.
Selain susu, kanak-kanak haruslah mendapatkan gizi yang seimbang daripada pemakanan harian yang lain.
Saranan pengambilan nutrien harian bagi kalsium mengikut usia, jantina & status (mg/sehari) berdasarkan Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2017.
Bayi
0 – 5 bulan 200mg (bf), 250mg (ff)
*bf = breast fed, ff = formula fed
6 – 11 bulan 260mg
Kanak-kanak
1 – 3 tahun 700mg
4 – 9 tahun 1,000mg
Remaja lelaki & perempuan
10 – 18 tahun 1,300mg
Lelaki dewasa
≥ 19 tahun 1,000mg
Wanita dewasa
19 – 49 tahun 1,000mg
≥ 50 tahun – 1,200mg
Wanita hamil
13 – 19 1,300mg
1st, 2nd & 3rd trimester 1,000mg
Wanita menyusu
13 – 19 1,300mg
0 -12 bulan 1,000mg
Puremil menawarkan Susu Penuh Krim penuh khasiat yang sesuai untuk semua golongan umur seawal 1 tahun.
Selain itu, ia juga membawakan anda Susu Puremil Coklat yang mengandungi nutrisi terbaik yang sama dengan Susu Tepung Penuh Krim Puremil.
Semua bahan ramuan Susu Puremil ini diambil dari sumber berkualiti serta mendapat piawaian halal untuk kebaikan semua pengguna.
Jadi tunggu apa lagi, marilah dapatkan susu berkhasiat tinggi daripada Puremil sekarang!
Dapatkan Susu Puremil Di Sini!