Dengan pelbagai jenama susu dipasaran, sudah tentunya kita ingin memilih jenama yang terbaik untuk diminum. 

Susu adalah makanan yang mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh badan. 

Ia juga merupakan nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak dari peringkat awal pertumbuhan mereka dan harus diamalkan sepanjang usia. 

Kita perlulah bijak dalam memilih jenama susu yang sesuai dengan keperluan harian kita untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk tubuh badan kita.

Adakah anda tertanya-tanya akan susu yang terbaik di pasaran? Jangan risau, artikel ini akan mengesyorkan susu yang terbaik untuk anda berserta dengan kebaikannya!

 

Pengenalan Jenama Susu Puremil

jenama susu

Susu Puremil merupakan 100% susu tepung penuh krim asli tanpa gula tambahan atau sebarang jenis pemanas, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil, dan agen anti pergerakan. 

Diproses dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, susu ini adalah diimport dari New Zealand dengan kaedah penghasilan spray drying tanpa dibuang mana-mana bahagian juzuknya. 

Proses ini hampir mengekalkan nutrisi susu sebenar yang umumnya tinggi khasiat dan selamat. 

Susu Tepung Penuh Krim Puremil sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas hingga dewasa termasuk ibu hamil serta menyusukan anak. 

 

Kenapa Susu Tepung Penuh Krim Pilihan Terbaik?

Ramai orang mungkin mengelakkan pengambilan susu penuh krim kerana bersangka susu ini mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. 

Mereka berpendapat bahawa ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Tahukah anda bahawa sangkaan ini mungkin tidak benar sama sekali? 

Malah, kajian-kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan peningkatan berat badan. 

Kajian juga menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengamalkan susu biasa mempunyai 40% risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak.

Mengejutkan bukan?

Bagi orang dewasa pula, kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan produk tenusu dengan kandungan lemak tinggi mempunyai 48% kurang berisiko untuk mendapat obesiti berbanding mereka yang mengambilnya dengan kadar sederhana.

Selain itu, susu penuh krim juga terdapat khasiat yang lebih baik berbanding susu rendah lemak atau susu skim di samping membantu anda mengurangkan berat badan. 

Ia juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat sindrom metabolik (metabolic syndrome).

Walau bagaimanapun, anda juga boleh memilih susu skim jika inginkan pilihan susu berkalori lebih rendah.

7 Kelebihan Jenama Susu Puremil

jenama susu

Mengapa perlu memilih Susu Penuh Krim Puremil?

 

  1. Meningkatkan selera makan

jenama susu

Anda tidak perlu risaukan lagi tentang selera makan anak anda. Susu ini dapat meningkatkan selera makan mereka.

 

  1. Mengandungi DHA, EPA dan Omega-3 

 

Untuk pengetahuan anda, DHA+EPA dan Omega-3 adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung, otak dan mata. 

Kandungan ini dapat meningkatkan fungsi kognitif kanak-kanak dalam menghafal, membaca, mengasah deria penglihatan, danmenguatkan sistem imun. 

Ia juga dapat mengawal tingkahlaku dan meningkatkan perhatian kanak-kanak ketika belajar.

 

  1.  Tiada gula tambahan dalam susu Puremil

jenama susu

Susu Puremil tidak manis dan tidak mengandungi gula tambahan seperti sukrosa mahupun pemanis yang lain seperti stevia, sucralose, aspartame & sebagainya. 

Ini dapat mengurangkan ketagihan terhadap minuman dan makanan manis serta mengurangkan risiko gigi anak cepat rosak pada usia muda.

 

  1. Kaya dengan kalsium, protein, DHA, zat besi, zink, vitamin B, vitamin C dan vitamin D

 

Susu ini memenuhi aspek nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Dengan mendapat nutrisi yang mencukupi, kanak-kanak kurang berisiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit serta dapat mengelakkan perkembangan fizikal kanak-kanak daripada terbantut. 

 

 

  1. Kanak-kanak akan kenyang lebih lama dan akan kurang minum susu.

Makronutrien seperti protein serta lemak susu yang tinggi membantu kanak-kanak berasa kenyang lebih lama ditambah pula  dengan rasanya yang tidak manis dapat menghindarkan kanak-kanak dari ketagih susu.

Oleh yang demikian, kanak-kanak akan mula untuk makan makanan pejal (real food) seperti nasi, lauk pauk dan sebagainya.

Usia bayi seawal 6 bulan perlu diperkenalkan dengan makanan pejal yang selayaknya untuk bayi. 

Ini bermakna susu bukan lagi satu-satunya makanan bayi berusia 6 bulan ke atas kerana mereka juga perlu mendapatkan nutrisi-nutrisi tambahan yang lain dari sumber makanan pejal.

 

  1. Jimat kos

 

Setiap kotak Susu Puremil memberi 25 bancuhan, dimana hanya 3 skop sahaja diperlukan bagi setiap bancuhan. 

Pengambilan susu ini sebanyak 3 kali sehari sudah cukup untuk memenuhi keperlukan nutrisi anak-anak anda.  

Jika anda mengikut sukatan susu yang ditetapkan; iaitu 3 skop bagi setiap bancuhan dan minum 3 kali sehari, 1 kotak susu ini dapat bertahan selama 8 hari. 

 

  1. Mudah larut dan senang dibancuh 

Susu Puremil adalah mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau suam. 

Untuk membasuh juga sangat senang kerana susu ini tidak melekit pada botol atau puting. 

Puremil menawarkan Susu Penuh Krim penuh khasiat yang sesuai untuk semua golongan umur seawal 1 tahun. 

Selain itu, kami juga membawakan anda Susu Puremil Coklat yang mengandungi nutrisi terbaik yang sama dengan Susu Tepung Penuh Krim Puremil.

Semua bahan ramuan Susu Puremil ini diambil dari sumber berkualiti serta mendapat piawaian Halal untuk kebaikan semua pengguna.