Kita selalu mendengar tentang kebaikan susu dalam sajian harian. Dengan pelbagai variasi produk susu di pasaran, kita mempunyai banyak pilihan susu untuk keperluan tubuh badan. Namun, adakah kita benar-benar mengetahui manfaat susu kepada kita?

Dalam artikel berikut, anda akan mengetahui 10 khasiat susu yang benar-benar mengagumkan.

#1 Pelengkap Kepada Makanan Seimbang

Kebaikan Susu

Makanan yang seimbang mengandungi sumber khasiat seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin dalam nisbah yang tertentu. Namun, kita perlu makananĀ  lain untuk melengkapkan pemakanan harian kita.

Susu dikategorikan sebagai makanan lengkap kerana mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan. Dengan sajian setiap hari, susu dapat melengkapkan pemakanan seimbang untuk tumbesaran yang sihat.

#2 Kaya Dengan Vitamin dan Mineral

Kebaikan Susu

Umum mengetahui bahawa susu diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi.

Ini kerana khasiat kalsium di dalam susu diperlukan untuk penyerapan ke dalam tulang. Namun, penyerapan kalsium dalam tubuh badan seseorang akan berkurangan apabila umur meningkat kepada 30 tahun.

Susu juga mengandungi vitamin D untuk meningkatkan jisim tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan.

Mineral seperti potasium, magnesium dan juga kalsium dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.

Zat besi membantu pengeluaran sel darah merah serta mencegah anemia.

Selain itu, susu juga mengandungi vitamin A, D, K serta beberapa kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6, vitamin B12)

#3 Diberikan Kepada Kanak-Kanak, Diperlukan Oleh Orang Dewasa

Kebaikan Susu

Kebaikan susu sudah mula dirasai oleh bayi yang baru lahir. Tidak hairanlah bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi.

Apabila kanak-kanak sudah membesar, bekalan kalsium daripada susu datang daripada pelbagai sumber seperti susu formula berasaskan susu lembu.

Ini berpadanan dengan garis panduan Malaysian Nutrien Intake mencadangkan kanak-kanak berusia tujuh hingga tiga tahun untuk mengambil 700 mg kalsium sehari atau kira-kira dua hidangan makanan dalam kumpulan susu setiap hari.

Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak-kanak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan penyakit seperti hypocalcemia.

Oleh kerana jumlah kalsium semakin berkurang dengan peningkatkan umur, kita juga digalakkan untuk minum susu setiap hari untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100 mg kalsium setiap hari.

Pengambilan kalsium yang ditambah dengan pengambilan vitamin D boleh meningkatkan ketumpatan jisim tulang dan boleh mengurangkan masalah osteoporosis.

#4 Untuk Mengurangkan Berat Badan

Ini mungkin tips kebaikan susu yang anda baru dengar.

Sebenarnya susu tidak menggemukkan seperti yang biasa didengar. Ini kerana susu kaya dengan protein yang membuatkan anda rasa kenyang.

Susu skim merupakan susu yang bagus untuk anda minum sekiranya ingin menurunkan berat badan. Ini kerana susu skim telah dibuang lemaknya sehingga mengandungi 0.15% kandungan lemak.

#5 Mengurangkan Stres

Kebaikan Susu

Penat kerja seharian? Stres di ofis? Berehat sebentar dan nikmati segelas susu segar.

Oleh kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral di dalam susu, susu dapat membantu meredakan otot-otot yang tegang.

#6 Melegakan Pedih Ulu Hati

Kebaikan Susu

Pedih ulu hati sering terjadi apabila kita mengambil terlalu banyak makanan yang rendah kandungan pHnya (berasid).

Salah satu cara yang mudah ialah dengan minum segelas susu. Sensasi yang dingin dan kelikatan susu dapat membalut esofagus dan perut untuk menghalang pedih ulu hati.

Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susuĀ  akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain

#7 Menguatkan Otot

Kebaikan Susu

Berita baik bagi mereka yang ingin bertubuh sasa! Susu dikatakan dapat membantu pertumbuhan sel-sel otot baru.

Atlet bina badan dan mereka yang sering ke gimnasium sering minum susu selepas senaman. Kandungan protein yang tinggi di dalam susu membekalkan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel otot, menghalang sakit otot serta menggantikan bendalir yang hilang semasa bersenam.

Hakikatnya, nutrisi terkandung dalam susu akan memperkuatkan kemampuan dan kesihatan yang baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Banyak kan, kebaikan susu?

Pengambilan Susu Tepung Penuh Krim Puremil dapat membekalkan keperluan setiap hari.

Puremil merupakan susu penuh krim yang boleh anda cuba. Ia diformulasikan daripada susu lembu asli untuk keperluan anak anda dan seisi keluarga.

Kebaikan Susu

Susu Puremil ini telah berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi. Ianya selamat dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas hingga dewasa termasuk ibu hamil dan menyusu.

Jumlah skop dan pengambilan harian susu Puremil juga telah disesuaikan mengikut faktor umur dan status berpandukan Saranan Pengambilan Nutrisi atau Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2017 seperti yang tertera di kotak.

Untuk bayi berusia di bawah 12 bulan, dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan kepada anak anda. Faktor umur seperti 1-3 tahun dan seterusnya, faktor status seperti hamil atau menyusu.

Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Tepung Penuh Krim dan Susu Coklat.

  • Susu Tepung Penuh Krim Puremil dihasilkan tanpa gula dan tanpa sebarang bahan tambah makanan yang lain seperti maltodekstrin,krimer, minyak sayuran, penstabil (carrageenan/ guar gum) dan agen anti penggerakan (anti-caking agent).
  • Susu Coklat Puremil pula dihasilkan hanya menggunakan 20% sahaja coklat malt, rasanya juga tidak manis.

Susu Puremil merupakan susu tepung penuh krim yang berkualiti tinggi. Ini kerana susu tepung diimport dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

DHA pula diambil dari sumber ikan berjenama MEG-3 dari Switzerland yang mendapat pengiktirafan piawaian International Fish Oil Standard (IFOS).

Di antara kelebihan susu Puremil ialah:

  • Susu penuh krim yang mampu untuk meningkatkan selera makan kanak-kanak berusia 1-3 tahun.
  • Mengandungi DHA+EPA serta Omega 3 yang bagus untuk mata, otak dan jantung.
  • Tiada gula tambahan.
  • Harga berpatutan.
  • Mudah larut dan boleh dibancuh tanpa menggunakan air suam.

Anda boleh dapatkan produk Puremil secara online hari ini. Layari website Puremil untuk info lanjut.