Apa yang ibu bapa patut tahu tentang susu anak?
Puan/tuan patut tahu JENIS SUSU yang perlu diberikan kepada anak-anak.
Susu yang sesuai untuk kanak-kanak ialah “SUSU PENUH KRIM” samada lembu atau kambing.
Yang tak sesuainya susu apa?
Susu yang kurang sesuai untuk kanak-kanak ialah “SUSU SKIM” iaitu susu rendah lemak.
***************
Kalau susu formula macam mana?
Anda tahu apa itu susu formula?
Ramai ibu bapa yang tidak dapat membezakan mana satu susu formula dan mana yang bukan.
Paling mudah nak kenal pasti susu formula ialah yang bertulis “RUMUSAN SUSULAN”.
Yang tiada tulisan RUMUSAN SUSULAN itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai susu formula. Kerana.. ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum layak dipanggil susu formula.
Susu formula tiada masalah “menurut akta dan undang-undang”.
Walaupun tiada masalah di sisi undang-undang, sebagai ibu bapa, buat pilihan yang bijak. Ambil tahu bahan-bahan yang diletakkan di dalam susu. Bertanya pada yang “ahli”.