Sudah tentu anda pernah dengar tentang kebaikan Omega-3 dalam diet pemakanan bukan?
Omega-3 sering kali dikatakan sebagai elemen yang kaya dengan kebaikan untuk tubuh badan kita.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang manfaat-manfaat yang boleh diperolehi daripada Omega-3 ini, mari kita ikuti artikel ini sehingga akhir.
Apa itu Lemak Omega-3?
Omega-3 terdiri daripada asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi dan ianya tidak dihasilkan oleh tubuh.
Oleh itu, anda haruslah mengambilnya dalam diet pemakanan seharian anda dengan memakan sumber makanan yang kaya dengan Omega-3 ataupun mengambil supplement omega-3.
Terdapat tiga jenis asid lemak omega 3 iaitu Alpha-linolenic acid (ALA), Eicosapentanoic acid (EPA) dan Docosahexanoic acid (DHA).
Mari kita lihat sumber-sumber makanan yang kaya dengan khasiat ini:
Sumber-Sumber Omega-3
Ianya boleh didapati dari pelbagai sumber ikan dan makanan laut seperti:
- Ikan Bilis
Tidak lengkaplah nasi lemak sekiranya tiada ikan bilis. Tetapi tahukah anda ikan bilis yang kecil ini mengandungi banyak nutrisi?
Antara kandungan nutrisi yang boleh didapati dari ikan bilis ialah kalsium dan Vitamin B3. Selain itu, 100 gram ikan bilis mengandungi 2.113 mg Omega-3.
- Ikan Kembung
Seterusnya, 100 gram ikan kembung pula mengandungi 5.134 mg Omega-3. Selain itu, ikan ini juga kaya dengan vitamin B12 yang baik untuk sistem saraf badan.
- Ikan Sardin
Ikan sardin ini membantu jantung anda untuk bekerja dengan baik disebabkan kandungan asid lemak omega yang tinggi.
Selain itu, isinya juga kaya dengan Vitamin D yang baik untuk tulang dan gigi.
- Ikan Parang
Antara sumber laut yang mempunyai Omega-3 adalah ikan parang atau juga dikenali sebagai ikan hering. Ikan ini juga kaya dengan khasiat mineral potasium dan iodin.
5 Kelebihan Omega-3 Untuk Kesihatan
- Menggalakkan Kesihatan Jantung
Dengan pengambilan khasiat ini secara konsisten, ianya akan membantu anda dari segi kardiovaskular, membaiki kolesterol darah dan menstabilkan tekanan darah anda.
- Menggalakkan Kelenturan Sendi
Ia juga turut membantu mengurangkan sakit sendi serta kekejangan yang berlaku pada waktu pagi.
Bukan itu saja, ianya juga membantu mengurangkan simptom arthritis rheumatoid (RA).
- Menyokong Kesihatan Penglihatan
Sekiranya anda ingin memastikan mata anda sentiasa sihat dan ingin menajamkan penglihatan mata anda, asid lemak Omega-3 ini boleh membantu anda.
- Menyokong Kesihatan Otak
Selain itu, kajian telah mendapati bahawa ia sangat penting untuk fungsi kognitif serta fungsi tingkah laku seseorang.
- Membantu Pengurusan Berat Badan
Kandungan asid lemak omega yang tinggi di dalam badan boleh membuatkan seseorang itu naik berat badan.
Oleh itu, untuk seseorang itu mengekalkan berat yang normal dan seimbang dengan nisbah Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang.
Bagaimana Anda Boleh Mendapatkan Khasiat Omega-3?
Tahukah anda selain makanan seperti sumber laut, anda juga boleh mendapatkan kebaikan-kebaikan asid lemak Omega-3 daripada minuman seperti susu Puremil?
Susu merupakan salah satu makanan yang kaya dengan kalsium dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
Susu Puremil mengandungi Omega-3 yang terdiri daripada DHA, EPA dan ALA yang bersumberkan dari jenama minyak ikan yang paling dipercayai iaitu MEG-3.
Bukan itu sahaja, anda hanya memerlukan hanya 5 skop untuk setiap hidangan dan perlu meminumnya sebanyak dua kali sehari untuk mendapatkan nutrisi Omega-3 yang optimum bagi orang dewasa.
Bagi kanak-kanak yang ingin mendapatkan khasiat omega-3 yang optimum, mereka hanya perlu minum susu Puremil sebanyak tiga kali sehari dan setiap hidangan hanya memerlukan 3 skop sahaja.
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang kita boleh dapati daripada asid lemak Omega-3. Ianya sangat penting dan diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Sekiranya anda masih lagi mencari susu yang terbaik, anda boleh mencuba susu daripada Puremil.
Dengan susu Puremil, anda juga akan mendapat kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.
Susu Puremil ini dihasilkan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.
Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. Banyak testimoni pelanggan yang mencuba susu Puremil dan menyukai nya.
Puremil telah pun berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi dan Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.
Kelebihan memilih Susu Puremil
- Puremil mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan.
- Mengandungi nutrisi terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.
- Mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian untuk memastikan produk keluaran Puremil selamat untuk semua.
- Tiada tambahan gula atau sebarang jenis pemanis, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil dan agen anti penggerakan.
- Mengandungi Magnesium untuk membantu penyerapan Kalsium dan Vitamin D bagi membantu penyerapan Vitamin dan Mineral
- Mengandungi Vitamin B12 dan Zink yang membantu meningkatkan selera makan
- Kandungan DHA & Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
- Mengekalkan nutrisi susu sebenar
- Menggunakan susu lembu asli
Tunggu apa lagi, dapatkan Susu Puremil anda sekarang!