[Susu Puremil Membantu Dalam Meningkatkan Selera Makan & Berat Badan Anak]
Ramai ibu bapa mempunyai anak yang mengalami masalah kurang selera makan dan cerewet dalam pemakanan harian. Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan dan menjejaskan sistem imunisasi badan.
Beberapa kajian mendapati vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium banyak mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang hilang selera makan kemudian diberikan supplemen vitamin B12 mula makan dan minum secara normal selepas beberapa hari (Dror & Allen, 2008).
Supplemen zink dapat meningkatkan selera makan dan berat badan dengan jumlah yang ketara terhadap kanak-kanak yang tidak berselera makan dan mengalami masalah tumbesaran (Shakur et al.,2009)
Kekurangan zink, magnesium, vitamin B12, vitamin B1 (Thiamin) dan B3 (Niacin) pula menyebabkan gejala hilang selera makan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017)
Vitamin D dapat membantu penyerapan zink, kalsium, magnesium, ferum, kuprum dan selenium ke dalam tubuh badan (Gerry & Stephen, 2015). Kekurangan vitamin D menyebabkan semua vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik. Ini menjadi faktor kanak-kanak menjadi kurang selera makan, tumbesaran fizikal dan mental terbantut serta badan menjadi lemah.
Susu Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak 1-3 tahun insyaallah dapat membantu meningkatkan selera makan dan berat badan bagi anak yang mengalami masalah kurang berat badan.
Kandungan 4 jenis vitamin & mineral yang terdapat di dalam susu Puremil Penuh Krim
Puremil Penuh Krim (3 skop untuk 3 kali hidangan sehari)
Vit D 6μg (40%) – membantu penyerapan vitamin & mineral
B12 1.62μg (108%) – meningkatkan selera makan
Zn 1.8mg (43%) – meningkatkan selera makan
Mg 48mg (60%) – kekurangan Mg menyebabkan hilang selera makan
*peratusan tersebut menunjukkan sumbangan nutrisi (berdasarkan RNI 2017) yang disediakan oleh susu Puremil kepada tubuh badan anak-anak
Keperluan Nutrisi Kanak-Kanak Berusia 1-3 Tahun Berdasarkan RNI 2017
Vit D 15μg/sehari
B12 1.5μg/sehari
Zn 4.2mg/sehari
Mg 80mg/sehari
————————————————————————————————————————————————–
Sumber rujukan:
Dror, Allen (2008). Coballamin status in children. Journal of Inherited Metabolic Disease, Volume 34 (1):116
Gerry, K. S., Stephen, J. G. (2015). Vitamin D, essential minerals, and toxic elements: exploring interactions between nutrients and toxicants in clinical medicine. The Scientific World Journal, Volume 2015, Article ID 318595 : 2-3
Shakur MS, Bano N, Malek MA, Kundu SK, Ahmed AU (2009). Effect of zinc supplementation on appetite, growth & body composition in children suffering from non-specific etiology of feeding refusal with failure to thrive. The ORION Medical Journal, Volume 32(1):612-615
Ministry of Health Malaysia (2017). A report of the technical working group on nutritional guidelines (2017) : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 127-442.