WARKAH BUAT IBU BAPA PRIHATIN

Adakah anda yakin anda sudah memberikan susu terbaik kepada anak anda?
Baca penjelasan di bawah untuk anda tahu samada anda sudah memberikan yang terbaik atau tidak. Ini bukan sekadar iklan susu, bahkan bakal memberikan anda satu persoalan yang perlu anda jawab. Jika jawapan anda tidak tepat, “menanggunglah” anda di masa hadapan kelak.

Produk susu tepung penuh krim ini masih baru di pasaran. Kami buat susu bukan kerana ikutan, bahkan selama 5 tahun dalam bidang jualan susu tepung belum pernah kami jumpa 1 susu pun yang kena dengan kehendak kami sendiri sehingga kami terpaksa mengeluarkannya sendiri.

Kenapa sepanjang 5 tahun ini kami belum jumpa susu yang sesuai?
1. Kami nakkan susu keluaran muslim. Ini ada banyak.
2. Kami nakkan susu tanpa gula. Kebanyakannya ada gula, bahkan ada sebahagian susu yang ditulis di kotak tanpa “GULA TAMBAHAN”, tetapi masih ada kelibat gula halus dan stevia di dalam susu.
3. Kami nakkan susu asli, bukan campuran. Kebanyakan susu formula dicampurkan dengan susu skim, soya dan maltodextrin.
4. Kami nakkan susu yang mempunyai ciri2 asas iaitu PROTEIN dan KALSIUM yang memenuhi standard keperluan nutrisi seharian untuk anak-anak kami. Kebanyakan susu yang memiliki 3 ciri di atas tidak mempunyai PROTEIN dan KALSIUM yang mencapai standard sepatutnya.

Adakah anda juga seperti kami, mencari 4 ciri susu seperti di atas?

Susu muslim, tanpa gula tambahan, susu asli dan memenuhi standard nutrisi.

Kami berikan penyelesaian untuk anda setelah 5 tahun pengalaman kami dalam bidang jualan susu tepung. Kami juga mahukan yang terbaik buat anak-anak kami. Bahkan kami juga percaya, anda sebagai ibu bapa juga mahukan yang terbaik buat anak-anak anda.

Jadi anda perlu peka dan tahu apakah keperluan nutrisi anak anda mencukupi selama ini. Adakah susu yang anak anda minum memenuhi semua standard mikro dan makro nutrien?

Ada 2 perkara penting yang kami ingin kongsikan di sini;

1. keaslian susu dan
2. berapakah sebenarnya jumlah kalsium yang anak anda perlukan? Anak anda bakal kekurangan kalsium jika anda tidak bertindak cepat.

Baca penjelasan di bawah sampai habis, suatu maklumat yang bakal membuatkan anda terkejut.

Keaslian susu boleh diketahui melalui jumlah PROTEIN yang tertulis di kotak di bahagian fakta nutrisi ataupun maklumat nutrisi. Lihat pada bahagian per 100g. Percayakah anda jika saya katakan susu yang anda minum itu diragui keasliannya berdasarkan kandungan protein yang terlalu sedikit? Kandungan PROTEIN 2g? 4g? 6g? Jadi berapakah sebenarnya jumlah PROTEIN untuk susu asli?
Per 100g, kandungan PROTEIN bagi susu lembu/ kambing ialah sekitar 20g – 30g. Bukan 2g, bukan 4g, bukan 6g. Tetapi 20g – 30g. Susu Puremil mengandungi 24g PROTEIN. Jika susu yang anak anda minum tidak mencapai julat antara 20g – 30g, maka susu tersebut ialah susu campuran dengan bahan-bahan lain. Jika susu tersebut dicampurkan dengan bahan yang elok maka tiada masalah. Bagaimana pula jika majoriti bahan susu campuran tersebut ialah campuran KRIMER dan MALTODEXTRIN? Jadi berapakah sebenarnya peratusan susu asli yang dimasukkan di dalam susu anak anda tersebut?

Adakah ada apa masalah jika kurang protein? Tahukah anda protein memainkan peranan yang sangat besar di dalam tubuh badan kita, apatah lagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Protein sangat membantu dalam memastikan sistem tubuh badan berjalan dengan lancar dan normal. Sistem tubuh badan yang dimaksudkan termasuklah: pembentukan sel darah merah, tisu, otot, imun sistem (ketahanan terhadap penyakit), sistem pencernaan dan metabolisme, sistem penyembuhan serta sistem hormon seperti rembesan hormon insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jika protein ini penting dalam pembentukan sistem tubuh badan kita, sudah tentu nutrisi protein seharian sangat-sangat diperlukan.

Perkara kedua ialah KALSIUM. Kita ghairah untuk memberikan susu dengan sumber bahan yang baik seperti delima, tin, zaitun, kurma, kismis dan sebagainya sehingga kita LUPA apakah bahan (nutrisi) utama yang sepatutnya anak kita dapat iaitu KALSIUM. KALSIUM penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Tapi cukupkah kalsium yang anak anda terima? Sekali lagi periksa pula kandungan kalsium. Tapi kali ini bukan lihat di 100g, tapi lihat di bahagian per serving (ada yang 25g, ada yang 30g, bergantung kepada brand susu). Berapa pula nilainya kali ini? 20mg? 30mg? 50mg?
Kita ambil contoh 50mg. Anak anda minum susu sehari 3 kali. Sekali minum anak anda akan dapat 50mg kalsium. 3 kali minum maka akan dapat 150mg kalsium. Jadi jumlah kalsium yang diperoleh dalam masa sehari ialah sebanyak 150mg. Betul?

Tahukah anda, anak anda sebenarnya memerlukan kalsium sebanyak 500mg sehari? Jika hanya dapat 150mg sehari, di manakah lagi baki 350mg kalsium? Bayangkan jika anak anda terus menerus minum susu yang kurang kandungan kalsium ini selama 3 hingga 4 tahun. Bayangkan apakah yang bakal terjadi kepada tulang anak anda pada masa akan datang?

Ramai ibu bapa tidak peka akan perkara ini, dan malangnya tidak kurang juga susu di pasaran yang tidak mencapai standard kalsium seperti mana yang telah ditetapkan dalam akta makanan serta seperti yang terdapat dalam Reccommended Nutrient Intake for Malaysia 2005.

Susu Puremil mengandungi 190mg kalsium per serving (sekali minum). Ini bermaksud, dengan 3 kali minum atau 3 kali bancuhan susu Puremil ini, maka anak anda akan memperoleh 570mg kalsium sehari.

Kami tak nafikan susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium, bahkan ada makanan lain yang turut sama mengandungi kalsium seperti sayur brokoli, buah kurma, rumpai laut dan ikan sardin. Dan susu bukanlah sumber nutrisi utama untuk kanak-kanak, bahkan makanan dengan gizi yang seimbanglah yang lebih penting untuk membesar dengan sihat.

Walaupun demikian, kebanyakan kes kanak-kanak yang dilaporkan di hospital ialah masalah kekurangan kalsium. Pastikan anak anda mendapat nutrisi penuh untuk protein dan kalsium bagi menjamin kesejahteraan masa depan mereka.
Ya sememangnya kita tidak tahu apakah yang bakal terjadi masa masa akan datang, namun persediaan perlu dibuat. Jika tidak, mengapa tulang turut berperanan sebagai bank simpanan kalsium? Inilah antara sebab kenapa persediaan harus dibuat sejak awal lagi. Hebatnya penciptaan tulang kerana satu pelan masa depan telah disediakan dari awal lagi bagi memastikan tulang kita tidak mengalami osteoporosis atau apa saja penyakit yang berkaitan dengan kalsium dan tulang.

Inilah dua perbezaan besar susu asli dan susu campuran (susu tiruan). Hanya dengan perbezaan ketara pada kandungan PROTEIN dan KALSIUM. Saya percaya puan2 sekalian beli susu untuk memberikan yang terbaik buat anak, tapi adakah berbaloi dengan bayaran yang dibuat, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Malah memberi mudharat pula pada kesihatan.

Antara sebab utama anda beli susu adalah untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi lengkap sepenuhnya. Boleh jadi kerana anak anda kurang makanan seimbang, masih belum putus susu dan anda sendiri tidak dapat menyediakan pemakanan yang berkhasiat untuk anak. Jika anak anda tidak bergantung sekalipun pada susu, semestinya anda cuba mencari makanan tambahan yang lengkap dengan vitamin atau mengandungi DHA bagi perkembangan minda yang boleh dijadikan minuman/makanan harian. Jadi perlulah berhati-hati dengan zaman ini yang penuh dengan eksploitasi demi mengaut keuntungan. Kami juga dahulu tidak tahu, tapi sekarang dah tahu. Jadi kami kongsi dan kami bawakan manfaat susu Puremil sebagai alternatif penyelesaian kepada masalah ini. Kalau sekadar cakap2 sahaja tanpa tindakan tiada guna.

Lihat posting ini : Setelah 5 tahun berniaga ini yang kami jumpa..