“yang bestnya… struktur susu tu yang dah dekat 12jam masih cair mcm mula2 bancuh. takde pembentukan lemak susu macam susu yg dh basi. wahh… rasa best plak guna susu ni”
Nanti, jangan seronok dulu. Jangan main percaya je ini susu organik. Pihak kami belum pernah jumpa lagi ada susu organik yang tidak basi selepas 12 jam. Adakah anda pasti, apa yang anda beri anak anda minum itu ialah susu?
Salah satu sifat susu ialah basi selepas beberapa jam. Ada pendapat mengatakan susu dikira basi selepas 2 jam terdedah dalam suhu bilik. Pendapat lain ialah 4 jam. Bagaimana mungkin susu yang dibiarkan semalaman (12jam) keadaannya masih sama seperti asal. Bagaimana rupa susu basi selepas 12 jam?
Lihat video di link di bawah, anda lihat sendiri, dan anda nilai sendiri.
*ujian perbandingan dibuat daripada kategori susu yang sama, iaitu susu yang dikatakan susu lembu/kambing asli (bukan susu formula, susu soya dll)