Anda boleh periksa sendiri protein yang terkandung di dalam ‘susu organik’ yang anda beli tu.

Caranya mudah sahaja. Lihat pada bahagian fakta nutrisi yang terdapat pada kotak susu (tin, bekas jar, kotak dan sebagainya). Di bahagian protein untuk parameter 100gm. Protein yang terdapat pada susu sepatutnya sekitar 20gm hingga 30gm.

Dalam rekod kami, untuk 100gm, susu Puremil mempunyai protein sebanyak 24gm, manakala susu kambing asli setakat yang kami tahu mempunyai 26gm protein.

Kami juga mempunyai rekod susu yang di’claim’ sebagai organik, kandungan protein hanya sekitar 1gm hingga 6gm sahaja untuk beberapa jenama.

Apa sebenarnya yang anda faham tentang ‘susu organik’? Boleh kongsi dengan kami di bahagian komen? Atau kami yang salah faham?

“Susu dari kambing/lembu organik?”
“Kambing organik macamana tu?”
“Owh bukan..ada ekstrak buah-buahan organik…bahan semua organik”
🙂