Terdapat beberapa kategori susu kanak-kanak di pasaran. Kategori UMUM untuk susu kanak-kanak ialah:

SUSU TEPUNG PENUH KRIM
dan SUSU RUMUSAN SUSULAN/ SUSU FORMULA, walaupun ada lagi beberapa kategori susu yang terdapat dalam akta makanan.

Kategori susu kanak-kanak secara UMUM:

i) Susu TEPUNG PENUH KRIM (susu campuran daripada sumber lembu atau kambing)

ii) Susu RUMUSAN SUSULAN/ SUSU FORMULA (*SUSU yang mematuhi dan mencapai spesifikasi macro & micronutrien yang terdapat di dalam akta makanan)

*SUSU yang dimaksudkan di atas (rujukan SUSU FORMULA) mengikut akta makanan ialah:
susu lembu
atau binatang lain
atau bahagian lain yang berasal daripada binatang atau tumbuhan, yang telah TERBUKTI SESUAI untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan bagi kanak-kanak.

Susu yang berasal daripada TUMBUHAN saya akan terangkan pada post akan datang.

Salah satu kaedah mudah untuk kenalpasti peratusan susu asli yang tinggi berdasarkan kepekatan (tanpa bahan pemekat)

Berdasarkan pengalaman kami (parameter: kepekatan)
Susu lembu asli, 3 skop (lebih kurang 20g) sudah memadai untuk 1 saiz hidangan (180ml atau 6 Oz). 3 skop pun dah pekat.

Susu kambing asli, 2 skop (lebih kurang 12g) sudah memadai untuk 1 saiz hidangan (180ml atau 6 oz). 2 skop pun dah pekat.

Jadi, nak pilih susu yang macam mana? Banyak sangat pilihan, tak tahu nak pilih yang mana?

Sebaiknya bagi orang awam, pilih susu yang mendapat kelulusan KKM. Sekurang-kurangnya keselamatan untuk minum tu terjamin dan kualiti kesahihan produk tu “follow” akta makanan juga terjamin.