Saya cari susu kambing, bukan susu lembu…
Kenapa anda perlu pilih susu kambing?
1. Anda mempunyai bajet yang mencukupi kerana susu kambing harganya mahal
2. Anda ingin memberikan yang terbaik kepada anak anda supaya anak anda mendapat khasiat dan nutrisi yang baik
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda kerana anda mahu dan mampu memberikan makanan yang baik kepada anak anda. Tetapi sejauh manakah kebenaran keaslian susu kambing yang anda beri itu? Khasiat susu kambing asli memang tidak dapat disangkal, namun keaslian susu kambing tersebut yang menjadi tanda tanya.
Anda yakin itu susu kambing asli/ organik atau sebenarnya hanyalah campuran krimer + maltodextrin semata-mata. Ini bukan andaian, ini ialah mainan industri makanan.
Orang putih cakap “looks can be deceiving”
Orang melayu balas “hanya jauhari yang mengenal manikam”
Gejala ni hanya berlaku pada susu kambing sahaja ke?
Susu lembu juga adalah tak terkecuali.
Tak kisah la susu lembu atau kambing, asalkan puan2 beri pada anak puan2 minum susu yang asli, bukannya minuman putih KRIMER + MALTODEXTRIN yang sedap dan berkrim…
Siapa KRIMER + MALTODEXTRIN ni?
Jawapan mudah; KRIMER + MALTODEXTRIN ni ialah “musang berbulu ayam”
Ye la, dah nama pun musang, musang la dia, nak menyamar jadi ayam pula supaya disangka musang yang baik. Musang mana yang tak makan ayam? Cer kabor..
Kalau dah namanya KRIMER + MALTODEXTRIN, kenapa nak menyamar jadi susu lembu/ kambing pula? KRIMER + MALTODEXTRIN mana yang baik untuk kesihatan? Cer kabor..
Kepada pengguna susu lembu dan susu kambing, jadilah pengguna yang bijak menilai.
Walau tak glamour sekalipun susu lembu atau susu kambing yang puan tuan beli, asalkan puan tuan tahu apa yang diberi untuk anak minum, puan tahu kandungan sebenar dalam susu tepung dan puan tahu kenapa anak puan minum susu tersebut.
Rancang pembelian susu anak
Berjimat cermat dalam berbelanja
Bukan glamour yang dicari, asalkan nutrisi anak terjamin
Alang2 mandi, biar sampai basah. Kalau nak bagi anak nutrisi yang terbaik, ambil tahu pemakanan yang baik untuk anak2 yang sedang membesar
Mencari yang HALAL itu fardhu. HALAL itu harus dipasangkan dengan THOYYIBA (baik).
Betul KRIMER + MALTODEXTRIN tu HALAL, namun bahan tersebut tidak THOYYIB (baik).
Saya bukan doktot
Saya bukan dietisyen
Saya bukan ustat
Saya adalah food technologist
Saya sakit, saya jumpa doktor
Saya nak kan nasihat untuk pemakanan sihat, saya tanya dietitian
Saya tak tahu bab agama, saya rujuk ustaz
Saya ragu2 dengan makanan proses, saya bertanya pada food technologist yang lain
As simple as that
Jangan malu bertanya
Dengan satu pertanyaan, anda mungkin terselamat daripada penipuan2 yang sedang bermaharajalela tanpa disedari
Saya tak tahu, saya juga bertanya 🙂
#Puremil
#sususedap
#foodtechgroup
#SusuMesraAkta
#SusuTanpaGulaSukrosa(GulaTebu)
#SusuTanpaPemekat
#SusuTanpaKrimer
#SusuBerkhasiat
#PastinyaSusuAsli