Kenapa susu tepung asli berWARNA kuning?
Bagaimana RASA susu yang sebenar?
Inilah 2 perkara asas tentang susu tepung yang ibu bapa perlu tahu.
Secara logiknya, susu perahan berwarna putih. Susu tepung/ serbuk menjadi kuning disebabkan proses untuk menjadikannya serbuk, iaitu proses “spray dry”.
Spray dry melibatkan haba. Haba ini apabila dikenakan pada susu, maka susu akan berubah warna menjadi kekuningan. Perubahan warna ini disebabkan berlakunya proses “brownisation” oleh gula laktosa yang terdapat di dalam susu.
Ada satu lagi proses pengeringan untuk menghasilkan susu tepung iaitu “freeze dry”. Proses ini tidak melibatkan haba panas. Jadi, warna asal terpelihara dalam erti kata lain ‘susu bukan berubah kepada warna putih tetapi mengekalkan warna asalnya (*rujuk warna asal susu). Walaupun demikian, proses ini memerlukan kos yang tinggi. Harga produk yang dihasilkan dengan cara ini sememangnya mahal. Warna susu yang sebenarnya ialah putih kekuningan. Bukannya putih keseluruhan.
Harga produk mahal di sini merujuk kepada kos bahan mentah itu sendiri. Bukannya harga jualan.
Kaedah spray dry umumnya digunakan secara komersial di seluruh dunia, terutamanya negara pengeluar susu. Manakala freeze dry sebaliknya disebabkan kos yang terlalu tinggi dan tidak praktikal jika permintaan terhadap bahan tersebut rendah.
2 kaedah ini menghasilkan kualiti susu yang hampir sama dari segi RASA, BAU dan keterlarutan. Jika tiada BAU susu, adakah boleh dipanggil susu? Oh ada teknologi menghilangkan bau. Kalau demikian, bagaimana dengan RASA susu? Persoalan untuk ibu bapa supaya ambil berat dengan susu tepung anak anda.
Nasihat untuk ibu bapa, TOLONG RASA susu anak. Rasa untuk apa ya?
Rasa adakah rasanya seperti susu? Adakah rasanya manis atau tidak?
Bagaimana rasa susu?
Puan/ tuan boleh beli air susu kotak penuh krim (kotak kecil) yang ada di pasaran, rasa dan bandingkan dengan susu yang puan/ tuan beri pada anak. Sama atau tidak. Kalau sama tahniah kami ucapkan. Kalau tidak sama, sila periksa bahan-bahan di dalam susu tersebut =)
Ada beberapa ujian ringkas untuk kenalpasti susu yang mempunyai peratusan susu asli yang tinggi dan yang bukan susu (maltodextrin dan krimer). Nanti pihak kami akan post dalam artikel akan datang.