Banyak kajian menunjukkan susu merupakan minuman yang sesuai diminum sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang mudah dan nyenyak. Kajian tersebut terpakai bagi susu segar atau susu asli, bukanlah susu campuran yang hanya tinggi gula atau krimer semata.

Susu penuh krim adalah minuman yang sangat sesuai untuk diminum sebelum tidur kerana kaya dengan ‘tryptophan’ dan kalsium. Dua unsur penting ini mempunyai kesan positif terhadap waktu tidur dengan bertindak merangsang hormon melatonin yang membuatkan tubuh cepat mengantuk.

Kalsium tinggi yang terkandung dalam susu juga membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak. Tidur berkualiti dapat membantu tumbesaran kanak-kanak di samping mengembalikan fungsi badan ke tahap optimum. Tidur yang mencukupi juga dapat menstabilkan emosi, menyegarkan badan, menguatkan daya ingatan, memelihara jantung dan dapat mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit.

Susu Puremil penuh krim mempunyai khasiat sama seperti susu segar amat membantu mengatasi masalah susah tidur. Mempunyai kalsium yang tinggi dengan khasiat susu asli sebenar menjadikan ia sangat mengenyangkan. Susu Puremil yang bebas gula sukrosa juga dapat mengurangkan risiko karies gigi dan mengelakkan kanak-kanak menjadi hiperaktif sebelum tidur.

Puremil Marketing Susu Puremil

#susuPuremil
#susuTanpaGulaSukrosa
#susuTanpaKrimer
#setandingSusuSegar
#khasiatSusuSebenar