BUNYINYA MACAM BAGUS, HAKIKATNYA..

Kisah sunflower oil di dalam susu anak. Sila ambil pengajaran dari artikel ini.

Sunflower oil; sumber kepada vitamin E dan mengandungi omega 6.

Vitamin E?
Berfungsi sebagai antioksida serta baik untuk kulit.

Omega 6?
Mempunyai perananan dalam fungsi otak, serta membantu dalam perkembangan dan tumbesaran tubuh badan.

Jadi ada apa masalah dengan sunflower oil?

Kita lihat pada 2 faktor;
1. Kaedah penghasilan sunflower oil
2. Keperluan diet dalam tubuh badan kita (terutamanya kanak-kanak)

1. Kaedah penghasilan
Dalam industri kaedah penghasilan minyak boleh jadi 2 cara: samada cold press (kos mahal, hasil pun sikit) atau menggunakan haba (heat treatment, kos rendah la sikit, sebab dapat hasil yang banyak).

Kalau cold press insyallah minyak tu sihat.

Tapi, untuk menghasilkan sunflower oil yang stabil dan tahan lama, maka pelbagai proses dikenakan (termasuklah proses pemanasan) belum lagi treatment2 dan campuran bahan2 lain. Kalau ia proses yang ini, maka minyak tu tak berapa elok.

Kemudian..

Dalam susu tepung, sunflower oil tu bukan dalam bentuk cecair tau, ia datang dalam bentuk serbuk. Macam mana minyak yang sifatnya cair boleh jadi serbuk? Mudah sahaja, campurkan maltodextrin dengan minyak tersebut samada pada nisbah 1:1 sehinggalah nisbah (minyak) 1:10 (maltodextrin).
SILA AMBIL PERHATIAN : Cara ini digunakan untuk semua jenis minyak untuk menjadikannya serbuk

Sekali lagi maltodextrin (gula ringkas) memainkan peranan. Maka semakin banyaklah kandungan maltodextrin di dalam susu anak puan. Ini baru 1 jenis minyak di dalam susu anak. Bagaimana dengan minyak-minyak yg lain? Semakin banyak minyak sayuran di dalam susu anak, semakin banyaklah maltodextrin di dalamnya.

2. Keperluan diet dalam tubuh badan
Sememangnya diakui omega 6 fatty acid tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita, maka badan kita memerlukannya daripada sumber luar seperti sayuran. Tetapi, pengambilan omega 6 perlu SEIMBANG dengan pengambilan omega 3 dalam nisbah 13:1. Macam mana boleh tak seimbang? Banyaknya produk makanan sekarang dimasukkan dengan sunflower oil. Jadi terdapat lebihan pengambilan omega 6 berbanding omega 3. Lebihan ini boleh mengakibatkan keradangan pada tubuh badan kita yang boleh mencetuskan masalah kanser, jantung dsb.

Soalannya, perlu ke omega 6 ni dalam susu anak? Perlu ke sunflower oil dalam susu anak? Jika jawapannya perlu, sila ambil daripada sumber mentah seperti sayur brokoli yang sememangnya mempunyai omega 6, vitamin E serta tinggi dengan vitamin C. Nak ambil macam mana? Buat bubur nasi dan diblend bersama dengan sayur brokoli, jadilah makanan pejal untuk anak yang sangat berkhasiat. Sumber : http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=9

Nutrisi anak tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan susu tepung. Ajarlah anak anda dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sesibuk mana pun anda, disiplinkan diri anda untuk membeli buah-buahan untuk diri anda dan keluarga yang tersayang.

IKAN jangan lupa beri pada anak. Ada seorang bapa pernah mengadukan hal yang anaknya dimasukkan ke hospital disebabkan kekurangan zat besi (iron deficiency). Soalan saya pada beliau ialah, bila kali terakhir anak anda makan buah?
Dan bila kali terakhir anak anda makan ikan?

Jawapan yang saya terima, “last makan tak ingat, macam dah lama sangat”. Kemudian si bapa terus diam seolah-olah kesal…

Nota :
Amat penting kita sebagai ibu bapa tahu membaca nutrisi dan kandungan susu, ambil tahu, sebab susu merupakan minuman harian anak-anak dan diambil secara kerap. Sikit-sikit kandungan tak elok boleh membawa pada penyakit jika diambil secara berterusan.