Yang mana susu asli?

[PEMILIK PRODUK VS PENGUSAHA KILANG]

“General knowledge” kepada pengguna supaya anda tahu sumber mana yang anda makan, produk siapa yang anda beli.

Pemilik produk kebiasaannya tidak mempunyai kilang, mereka membuat di kilang lain secara “contract manufacturing”. Ada kilang melayu, ada kilang cina. Untuk produk susu, Alhamdulillah dah banyak kilang melayu. Tetapi bahan-bahan di dalam susu yang dihasilkan hanya diketahui oleh pemilik kilang sahaja, tanpa pengetahuan oleh pemilik produk. Sebagai contoh, pengusaha kilang sesekali tidak akan beritahu kepada pemilik produk sekiranya kilang mencampurkan susu dengan bahan-bahan lain seperti KRIMER dan MALTODEXTRIN.
.

Harga susu asli sememangnya mahal. Hanya susu campuran harganya murah. Menjadi masalah bila susu dikatakan 100% susu asli/susu penuh krim, tetapi sebenarnya tidak. Bayangkan susu anak yang puan-puan dan tuan-tuan beli, sebenarnya di dalamnya hanyalah campuran MALTODEXTRIN dan KRIMER, hanya sejumlah kecil sahaja susu asli (lembu/ kambing). Puan bayar pada harga pasaran susu lembu/ kambing, tapi puan dapat ….?? Ya, betul.. Ini dinamakan manipulasi terhadap susu lembu/ kambing untuk mengaut keuntungan atas nama MAKANAN SUNNAH. Ini bukan sunnah, ini punah puan. Banyak sunnah yang kita tak amal, tetapi ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempromosikan makanan sunnah. Orang putih cakap, Manipulate, Exploit and Exaggerate (claim yang melampau-lampau).
.

Ada pemilik produk yang tahu dan memang nak macam tu, ada juga pemilik produk yang tak tahu, namun percaya bulat-bulat kepada pengusaha kilang.
.

Sebagai pengguna, terutamanya ibu bapa dan anak-anak, produk susu tepung sebenarnya dikawal oleh akta makanan dan terdapat garis panduan yang telah ditetapkan sendiri oleh World Health Organization (WHO) bagi melindungi pengguna terhadap eksploitasi pemasaran dan pengiklanan yang melampau terhadap produk susu. Di Indonesia, ada 3 barang utama yang dikawal ketat oleh kerajaan Indonesia: air, daging dan makanan kanak-kanak terutamanya susu kanak-kanak. Itu di Indonesia. Sebagai pengguna, sedikit sebanyak maklumat berkaitan isu pemakanan perlu ditikberatkan, lebih-lebih lagi makanan yang kita bagi pada anak-anak.

***********************************************

Disebabkan masalah yang berlaku di atas, dan gejala ini berlaku di kalangan orang Islam kita sendiri, maka terhasillah Susu Puremil bagi melindungi ibu-bapa dan anak-anak terhadap eksploitasi susu lembu/ kambing tiruan. Susu Puremil ini ialah SUSU LEMBU ASLI.

.
.

“Eksploitasi” menurut kamus online Dewan Bahasa dan Pustaka

(éksploitasi) 1. perbuatan (tindakan dsb) mengambil kesempatan utk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dsb secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Titik