Susu segar atau susu tepung? Apakah perbezaannya dan mana satu yang anda patut pilih?
Susu merupakan salah satu makanan yang penting untuk bayi kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Susu tepung mahupun susu segar merupakan minuman yang sangat penting untuk tubuh badan manusia.
Vitamin A, vitamin D, vitamin B dan vitamin K merupakan antara sumber vitamin yang terkandung dalam susu.
Selain daripada sumber vitamin, dalam susu juga mempunyai sumber mineral. Antara sumber mineral yang terkandung dalam susu ialah kalsium, magnesium, fosforus, potassium, dan zink.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui perbezaan antara kedua jenis susu ini.
Perbezaan
1. Susu Tepung
Susu tepung merupakan satu produk tenusu yang dihasilkan melalui proses penyejatan sehingga menjadi kering.
Tujuan utama proses pengeringan ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan susu ini disimpan dalam jangka masa yang panjang.
Susu ini boleh bertahan lebih lama berbanding susu cecair kerana susu cecair memerlukan suhu yang rendah untuk mengekalkan kesegarannya.
Tujuan lain proses ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan berat susu supaya menjadi lebih ringan supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Susu ini sama juga seperti susu segar di mana mengandungi sumber mineral dan juga sumber vitamin yang tinggi.
2. Susu Segar
Susu segar merupakan susu yang merangkumi kesemua jenis susu yang ada di muka bumi ini.
Susu segar ada melibatkan beberapa proses. Salah satu daripadanya ialah pasteurisation (dipanaskan pada suhu 72°C dalam masa yang singkat), bertujuan untuk membunuh bakteria supaya susu tersebut selamat untuk diminum.
Sama juga seperti susu tepung, ia mengandungi sumber mineral dan juga sumber vitamin yang tinggi.
Apa yang membezakan kedua-dua susu ini adalah susu segar dihasilkan dalam bentuk cecair. Manakala susu tepung pula dalam bentuk tepung.
Selain daripada itu, susu segar hanya boleh digunakan di rumah sahaja atau setempat. Ia memerlukan suasana yang dingin untuk mengekalkan kesegarannya.
Susu segar ini juga boleh digabungkan dalam bahan masakan. Selain itu, anda boleh minum susu ini pada bila-bila waktu pun.
Kelebihan Susu Tepung
- Boleh Disimpan Dengan Jangka Masa Yang Panjang
Kelebihan yang pertama adalah susu ini boleh disimpan dengan jangka masa yang panjang. Tidak dinafikan, susu ini juga ada tarikh luputnya.
Tetapi, tarikh luput untuk susu ini amatlah lama dan tidak cepat rosak.
- Tidak Perlu Letak Dalam Peti Sejuk
Kelebihan seterusnya ialah susu ini tidak perlu untuk menyimpan susu dalam peti sejuk. Ini juga satu kelebihan yang dicari oleh para pengguna.
Walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, susu ini juga masih mampu untuk mengekalkan kandungan nutrisinya.
Susu ini juga boleh dibawa kemana-mana. Keadaan susu ini tidak akan berubah sekiranya berubah tempat dan suhu.
- Harga Yang Berpatutan
Seterusnya ialah harga susu ini tidak semahal harga susu segar. Harga yang murah juga menjadi tarikan kepada para pengguna untuk nikmati susu.
Tidak dinafikan susu segar lebih mudah untuk disediakan.
Jika dilihat jumlah kandungan, susu ini lebih menguntungkan berbanding susu segar. Susu segar hanya boleh diminum beberapa kali dan akan habis. Tetapi tidak untuk susu ini.
Susu ini boleh dibancuh banyak kali dan lambat untuk habis.
- Kaya Dengan Vitamin dan Mineral
Susu mengandungi kalsium yang tinggi. Kalsium merupakan sumber yang sering dicari oleh mana-mana individu. Kalsium digunakan untuk menguatkan tulang kita.
Susu mengandungi pelbagai vitamin yang mana dapat menguatkan tulang dan menghindari tulang daripada reput.
Dalam susu juga ada potassium dan magnesium dapat membantu pengaliran darah dengan betul. Ia dapat mengekalkan tekanan darah.
- Menguatkan Otot
Inidividu yang selalu ke gimnasium kebiasaannya akan minum susu selepas bersenam. Kandungan protein yang tinggi dapat membekalka nutrient yang diperlukan otot.
Susu ini juga berfungsi untuk menghalang sakit otot serta menggantikan bendalir yang hilang semasa bersenam.
Kelebihan Susu Segar
1. Banyak Vitamin B
Susu segar mengandungi vitamin B yang banyak. Satu cawan susu segar membawa kepada 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 mikrogram vitamin B5.
Kandungan vitamin B dalam susu berasaskan tepung adalah kurang berbanding susu segar yang hanya menyediakan 0.9 mikrogram untuk vitamin B12 dan 0.9 mikrogram untuk vitamin B5.
Vitamin B12 berfungsi untuk membantu sel otak untuk kekal sihat. Manakala vitamin B5 pula untuk melancarkan pengaliran oksigen dalam badan.
2. Kandungan Fosforus dan Selenium Yang Tinggi
Ia mengandungi fosforus dan juga selenium yang tinggi. Dua kandungan ini sangat bagus untuk kesihatan sel otak, sistem metabolism serta enzim dan juga tiroid.
Sebanyak 7.6 mikogram selenium dan 47 miligram fosforus dalam satu cawan susu segar.
Berbanding dengan susu berasaskan tepung hanya dapat menyediakan 6.3 mikrogram selenium dan juga 27 miligram fosfurus untuk satu cawan.
3. Senang Dihidang
Susu segar sememangnya telah menjadi pilihan orang ramai kerana senang untuk dihidang. Ia tidak perlu dibancuh, hanya perlu tuang ke dalam gelas sahaja.
Ia menjadi satu kenikmatan kepada individu untuk minum susu ini.
Kesimpulannya, susu amatlah penting dalam diri manusia kerana kelebihannya yang membantu tubuh badan.
Kesimpulannya, susu tepung masih dapat mengekalkan rasa & kualiti susu sebenar walaupun telah diproses menjadi serbuk.
Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan teknologi makanan ke atas kehidupan manusia bagi memastikan susu dapat bertahan lama tanpa menjejaskan rasa & kualiti serta mudah untuk dibawa ke seluruh pelusuk dunia.
Dengan susu Puremil, anda bukan sahaja akan mendapat khasiat Omega 3, anda juga akan mendapat kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.
Susu tepung Puremil dihasilkan dengan kaedah “spray drying” (pengeringan semburan) yang menghasilkan serbuk susu berkualiti serta mudah untuk larut semula di dalam air dan masih tetap sahaja mengekalkan sifat semulajadi susu asli/segar.
Puremil telah mengimport susu tepungnya dari syarikat pengeluar susu lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.
Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. Banyak testimoni pelanggan yang mencuba susu Puremil dan menyukai nya.
Puremil telah berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi dan susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.