Susu penuh krim sebagai pengganti gula dan krimer

Problem Statement: Susu tidak dapat lari dari lemak. Suatu masa dahulu kita dimomokkan dengan keburukan lemak sehingga susu juga terpalit sekali kerana susu mengandungi lemak yang tinggi. Maka muncullah susu tanpa lemak dan pelbagai lagi minuman dan makanan tanpa lemak atau rendah lemak sempena meraikan kempen makanan tanpa lemak di seluruh dunia.

Di zaman yang serba canggih ini, para saintis mula membetulkan keadaan ini di mana bukan semua lemak itu tidak baik. Secara ringkasnya ada 2 jenis lemak, lemak baik & lemak jahat. Lemak baik ialah lemak yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalani fungsi2 tertentu seperti melarutkan vitamin ADEK, penghasilan hormon, melarutkan lemak jahat di dalam saluran darah, melindungi otot dsb. Lemak jahat pula ialah lemak yang menyebabkan saluran darah tersumbat.

Satu perkara yang ramai antara kita tak tahu ialah lemak yang terhasil di dalam tubuh kita bukanlah datangnya daripada lemak yang kita makan. Lemak yang kita makan akan dicerna di dalam perut dengan bantuan cecair hempedu.

Kalau macam tu, mana datang lemak dalam badan kita ni?

Apabila kita makan, zat nutrisi makanan tersebut akan diserap di dalam usus, sebahagiannya pula akan bertukar menjadi “tenaga” yang diperlukan oleh tubuh badan kita seharian.

Bilamana ada lebihan “tenaga” di dalam tubuh badan kita hasil daripada “terlebih makan”maka “tenaga” tersebut akan disimpan dalam bentuk “lemak” di dalam tubuh badan kita.

Faktor utama yang menyebabkan lebihan tenaga ini ialah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan. Gula yang masuk dalam badan akan segera berubah menjadi tenaga, tenaga yang berlebihan ini yang disimpan menjadi lemak.

Kami bukan hendak bercakap tentang gula dan lemak, tetapi hendak menerangkan status lemak di dalam susu sebenarnya adalah bermanfaat dan diperlukan oleh tubuh badan manakala bahaya sebenar dan punca pelbagai penyakit dan obesiti kebanyakannya datang dari pengambilan gula yang berlebihan.

Bagi golongan dewasa yang gemarkan kopi & teh susu pekat manis atau campuran gula & krimer, kami ada cara bagaimana hendak menjadikan kopi & teh anda menjadi lebih sedap dan berkhasiat. Masukkan 1 atau 2 sudu susu Puremil Penuh Krim bersama 1 cawan air teh atau kopi. Nak campur susu lebih pun tiada masalah, ikut citarasa anda kerana susu ini tidak mengandungi gula sukrosa, krimer, maltodekstrin dan bahan penstabil malahan memberikan khasiat kalsium, protein & vitamin yang tinggi. Minuman akan lebih sedap berlemak dengan campuran susu Puremil Penuh Krim dan anda boleh minum tanpa risau pada kandungan gula yang tinggi lagi.

Ini sangat membantu mengurangkan pengambilan gula dan krimer berlebihan. Susu bukan sahaja untuk kesihatan kanak-kanak, bahkan susu yang baik dapat mengekalkan kesihatan yang optimum kepada orang dewasa dalam menjalani aktiviti seharian.

Jadikan susu Puremil pengganti gula, krimer & susu pekat manis di dalam kopi & teh susu (termasuk juga minuman 3 in 1) mulai hari ini!

#susuPuremil