[WARKAH BUAT IBU BAPA PRIHATIN]

Sebahagian Susu Di Pasaran Bukan Susu Sebenar (yang dikatakan 100% asli tetapi sebenarnya tidak), Tetapi campuran MALTODEXTRIN. Harap-harap bukan campuran dengan KRIMER.

Ramai ibu bapa tak tahu, sebahagian susu tepung yang mereka beri pada anak mereka sebenarnya bukan susu asli (susu yang dikatakan 100% asli/organik, dan susu penuh krim). Dan susu itu juga mempunyai bahan-bahan yang tidak baik pada kesihatan.

Saya Nazirul, bekas pegawai teknologi makanan di sebuah syarikat swasta yang menghasilkan produk makanan dan minuman termasuk susu tepung. Berpengalaman lebih 7 tahun di bidang industri makanan dan minuman.

Selama beberapa tahun dalam bidang susu tepung, terdapat banyak susu di pasaran yang tidak menepati akta makanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang lebih merisaukan ialah bahan-bahan yang dimasukkan di dalamnya. Antaranya KRIMER, GULA & MALTODEXTRIN. Ada masalah ke dengan bahan-bahan tu?

Ya, sememangnya bermasalah, anda beli susu lembu/ kambing, tapi anda dapat MALTODEXTRIN. Kemungkinan di dalam susu yang anda beli itu lebih 80% daripadanya mengandungi MALTODEXTRIN. Kurang 20% ialah susu lembu/ kambing. Saya percaya anda tidak membayar untuk mendapatkan MALTODEXTRIN.

* MALTODEXTRIN: bahan lengai yang tidak mempunyai sebarang rasa (sedikit manis sebenarnya) berfungsi sebagai pemberat produk ataupun penambah kuantiti isipadu (volume) produk. Dan berwarna putih seakan-akan warna susu daripada negara Belanda. Susu berwarna kuning biasanya daripada New Zealand. Warna putih dan kuning ini disebabkan kaedah pemprosesan yang berbeza.

Disebabkan masalah ini (susu yang tidak asli ditambah pula bahan-bahan yang meragukan) saya terpanggil untuk menghasilkan formulasi susu lembu asli yang menepati akta makanan KKM serta mempunyai nutrisi yang baik untuk keperluan tubuh badan kanak-kanak.